Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Kabel yang hilang

Imej
Aku masih dilanda kekecewaan kerana kabel kameraku masih tidak dapat dikesan keberadaannya. Sudah puas aku menyelongkar di sana sini sampai naik sesak napeh. Tak sedar diri sedang berpantang...ehehehe. Apa taknya, aku rasa cam dah sihat aje. Kununnya cergaslah sket. Tapi lepas naik tingkat atas, pendek napas aku...hu heh hu heh. Whoa...ingatkan dah kuat sangat. Rasa cam nak upah bomoh aje tulun kesan kat mana kabel itu bersembunyi. Dah beberapa bulan sebenarnya aku tak nampak kabel yang selalu aku nampak tuh. Mana pula tangan gatal aku dah sembunyikan menatang tuh kali ni. Memori aku pun dah short term. REM tak cukup. Sekarang ni aku rasa cam nak tido aje. Almaklumlah si Thaqif suka sangat berjaga malam mencari ilham mengarang lagu pujaan hati umi dan ayah dia. Sedang aku dok melayan nyanyian merdu Thaqif malam-malam buta tuh, sempat pula terbit dua idea untuk manuskrip baru. Mentibang sunggoh! Time tu ler aku nak capai laptop. Tapi tak bleh sebab tengah joget samarinda sambil dengar...

My Hero

Seperti yang takdirkan, hero pertama aku lahir pada 13 Ogos 2008. Lebih kurang pukul 11.31 pagi, bertempat di Dewan Bedah Hospital Serdang, maka dengan selamatnya lahirlah Thaqif Zikrulhaqeem seberat 3.38 kg melalui pembedahan Ceasarean.  Nak upload gambar tapi kabel kamera sudah salah letak ler...huwaaa....Next time jelah ya. Kalau aku nak lukis, nanti serupa pula dengan Ultraman Next...huwahahaha. Setakat ni dululah laporan aku. Untuk cerita ngeri pembedahan selanjutnya akan ku sambung kemudian bila aku rasa cam nak menulis. Semangat aku ilang sekejap sebab kabel kamera dah salah letak...haiyoh!

13 Ogos

Imej
Persoalan yang menghantui jiwa aku semalam ini terungkai jua. Ewah...macam ayat dalam novel ler pulak...hehehe. Semalam pergi Serdang. Baby dah berat 3.3 kg. Maka selepas berunding dengan dua orang doktor, yang ketiga ni keluar ikut tingkap macam yang kedua. Apa nak buat...dah maknya cute miut sangat...ehehehe. Jadi hari ni hari terakhir di pejabat sebelum cuti panjang. Hari Isnin nak lepak-lepak jer kat rumah, kemas apa yang patut. Hari Selasa, admit ke Serdang. Hari Rabu baru operate . Kiranya aku tak payahlah kelam-kabut lagi. Tarikh dah dapat jadi semuanya boleh dirancang dengan baik melainkan rezeki tiba awal, aku contraction dulu sebelum tarikh 13hb tu. Apa-apa pun boleh berlaku. Semalam aku tengok jadual c-section di Serdang untuk hari ni sudah penuh. Ramai betul nak bersalin pada 08082008. Kalu dapat 20082008 pun lawa gak. Tapi aku malas nak fikir pasal tarikh ni. Tak significant pun. Tapi kebetulannya 13 Ogos ni tarikh anniversary nikah aku. Jadilah kebetulan yang tak ...

Ibarat padi bunting

Imej
Tajuk entri kali ni tak ada kena mengena dengan keadaan fizikal aku sekarang ni. Kebetulan aje pepatah Melayu tu ada perkataan 'bunting'. Ibarat padi bunting, semakin berisi semakin menunduk. Inilah kualiti yang kita mahukan daripada pemimpin. Lagi tinggi kedudukan, lagi merendah diri dan sedar diri dan tahu dia itu sedang memikul amanah rakyat. Bukannya lagi tinggi kedudukan, ego makin besar, otak semakin bodoh. Ada orang, yang sebelum dikurniakan jawatan tinggi, begitu rendah diri, syukur dan bijak berfikir. Tetapi sesudah dikurniakan darjat ketinggian dan kedudukan seperti dewa, jadi sombong diri, bongkak dan semakin bodoh mengalahkan orang tak berpelajaran. Sepatutnya dengan kedudukan selesa begitu, dengan kuasa amanah yang sebegitu besar, dia seharusnya menjadi lebih bijak dan lebih bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya. Tapi entah teori apa yang dipraktikan, sekolah mana yang dia ikut, fahaman mana yang dia anut, tiba-tiba jadi bodohLAH pulak. Tak faham aku! Aku jadi gunun...