Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Jalan ke rumah ku

Imej
Dulu aku asyik bising pasal rumah, rumah, rumah setelah anak syarikat Talam dua muka si Maxisegar gagal siapkan rumah aku pada waktunya. Kini IJM pula mengambil alih projek berkenaan yang dijangka siap 20 bulan dari tarikh perjanjian baru yang ditandatangani oleh pembeli pada pertengahan tahun lepas. Tungguuuu... sama ada betul ataupun tidak IJM boleh melunaskan janji-janjinya. Kali ini pula aku bising pula pasal jalan, jalan, jalan. Selepas kecewa rumah Talam dua muka tak siap, aku pun beli rumah di Bdr Mahkota Cheras. Kali ni dispute ngan Saga plak sebab tak bagi buka jalan. Untuk laporan seterusnya, sila rujuk artikel The Star bertarikh 22 April di bawah ini: Angry residents remove barrier at access road By GEETHA KRISHNAN JOY turned to despair and anger when Bandar Mahkota Cheras residents learnt that the toll-free access road to the Cheras-Kajang Highway would not be opened yesterday as earlier anticipated. More than 700 angry residents who had gathered at the barricade under the...

Sekitar PBAKL 2008 di Gerai Kaki Novel

Imej

Instead of....

Yatta !  Akhirnya, sedang aku membuat minit mesyuarat, aku secara tak sengaja terjumpa perkataan yang sama erti ataupun yang sama penggunaan dengan instead of yang selama ini membuat aku dan beberapa orang penulis tertanya-tanya.  Contoh ayat: Teacher should emphasize on oral exercise instead of focusing on homework and   examination. Terjemahan makna: Guru sepatutnya menekankan latihan percakapan selain hanya                      menumpukan kepada latihan dan peperiksaan.  Aku rasa okey kut. Apa pendapat korang?

Kerana Dia Cinta ataupun ...Dan Mimpi Pun Bersatu?

PBAKL telah tamat Ahad lalu bagi tahun ini. Lebih kurang setahun dari sekarang, kita akan bertemu lagi di platform yang sama, Insya-Allah. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Semasa berada di gerai KN pada minggu pertama pesta, saya sering ditanya mengenai kesinambungan DMPB dan kemungkinan KDC akan disambung. Tika itu saya tidak boleh terus berahsia lagi. Pada pengunjung yang bertanya, anda sudah tahu jawapannya. Pada yang tidak berkesempatan bertanya, saya akan jawab persoalan itu di sini. Ketika ini, ketika sedang menulis entri ini, saya sebenarnya sedang berhenti rehat daripada menulis versi KDC yang akan diterbitkan sedikit masa lagi. Versi ini bukan sambungan, sebaliknya ia naskhah alternate reality atau realiti gantian. Sepatutnya versi ini berada di pasaran menjelang PBAKL. Malang sekali kesihatan saya tidak mengizinkan, maka penerbitannya ditunda.  Mengenai kesinambungan DMPB yang saya uar-uarkan di blog ini pula, manuskripnya sudah 50% siap ditulis. Sekiranya semu...

PC Fair KLCC 2008

Hari Ahad lepas Pesta Buku '08 berakhir. Sepatutnya aku ada kat sana meraikan hari-hari terakhir pesta yang memang ditunggu-tunggu oleh orang yang macam aku - yang suka buku dan buat duit dengan menulis buku...eheheheh. Hari Ahad lepas aku ke PC Fair, ukur lantai kat sana plak sambil tersembul biji mata tengok harga PC dan gadgetnya yang turun naik ikut booth. Aku pergi sana nak beli skin laptop, sarungnya dan headphone. Murah memang murah. Tapi kena pandai cari kedai.  Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal shopping kat PC Fair. Ada cerita menarik sebenarnya dalam entri ni. Kalau sesiapa yang pernah pergi PC Fair tahun ni di KLCC (aku tak pernah plak pegi tahun-tahun yang lalu yang dibuat di KLCC), korang mesti faham apa  yang akan aku tulis. Kalau tak faham, gunakanlah imaginasi yang ada. Tak susah macam soalan soduku...ehehe.  PC Fair diadakan di dua tingkat dan berasingan bilik. Jadi pengunjung kena masuk satu pintu di sebelah atas medan selera Aquaria dan keluar di pintu paling...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Hari Sabtu dan Ahad lalu aku menghabiskan masa di PBAKL 2008. Hampir separuh hari aku berada di sana. Hari Sabtu sebelum aku pergi kelas, aku tawaf kat PBAKL dulu. Terbanglah lebih kurang ni hyaku ringgito . Bila tiba hari Ahad, duit aku tinggal ju go ringgito ...hahahaha. Nasib baik cukup untuk bayar novel terbaru Manaf Hamzah, Seteguh Waja Selembut Sutera . Sekarang ni aku tengah baca sedikit demi sedikit sebab tak ada masa. Hari Ahad aku bertugas kat booth KN ngan Izzul. Waduh...cuak gak sebab aku tak biasa duduk kat situ ayu-ayu sambil tunggu orang suruh sign cek...eh buku. Aku lebih suka jual buku macam aku buat hari Sabtu masa Kak Puteri bertugas. Dengan cara itu, aku bleh menyamar dan bleh tanya pendapat pengunjung mengenai novel kegemaran mereka. Aku selesa cam ni daripada duduk menunggu...hehehehe. Ramai juga rakan-rakan penulis dan rakan rewang blog aku jumpa hari tu. Inilah masa nak berjumpa, macam Hari Raya ler plak berjumpa setahun sekali. Tahun ni booth KN berjiran selang...