Berita baik

Sudah terlalu lama saya tidak mencatatkan apa-apa di ruangan ini. Memandangkan tahap kesihatan saya sudah semakin pulih, maka bolehlah saya terus mencatatkan entri di sini. Disebabkan masalah kesihatan itu juga, saya sudah lama tidak berkarya. Jadi impian menghasilkan satu karya sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April ini, mungkin tidak kesampaian. Walaupun saya telah cuba menyiapkan satu karya, kekangan tugas sebagai pelajar, kerjaya dan kesihatan sedikit sebanyak telah menjadi batu penghalang. Semester ini merupakan semester terakhir bagi saya menyiapkan kajian kes yang perlu dihantar pada bulan Mei nanti. Oleh itu, saya tidak punya banyak masa berkarya. Insya-Allah, selepas kajian kes saya selesai, saya akan menyiapkan karya-karya yang terbengkalai.

Seperkara lagi, insya-Allah saya akan menyiarkan e-novel Sofi di Melarik Enigma sebagai tatapan peminat yang sukar mendapatkan naskhah Sofi yang mungkin sudah tidak ada di pasaran lagi. Inilah berita baik saya buat anda peminat semua.

Nantikan Sofi di Melarik Enigma.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit