Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

20072007 dan Harry Potter

Imej
20072007...pada mulanya aku tak perasaan tarikh hari ni. Aku cuma perasan lepas melawat blog Najwa Aiman . Patutlah pagi tadi aku terima emel rakan sekelas yang tulis 20072007 masa kami sama-sama tengah diskus pasal presentation esok. Cantik nombor ni...ehehehehe. Memandangkan aku tak mengandung, dan dah tentu tak kan bersalin hari ni, aku berwawasan nak bersalin tahun depan pada tarikh 20082008 ataupun 080808. Sapa bleh bagi masa yang tepat untuk start proses? Wekeekekeke..... Istimewanya hari ni, aku pegi tonton Harry Potter and the Order of the Phoenix tengah hari tadi. Betul-betul kamikaze. Nasib baik aku dah tender...wakakakaka. Kisah kali ni, bagi akulah, lebih sedih dan ganas daripada Goblet of Fire. Dulu aku sedih sebab Cedric Diggory mati. Kali ni aku sedih sebab Harry kehilangan bapa angkatnya, Sirius Black. Tragis gak dia mati. Kena sihir dengan Bellatrix - Death Eater yang juga sepupu Sirius. Kali ni juga mereka banyak menggunakan sihir mempertahankan diri. Masa part Harry ...

Jadi MC hari Ahad, MC hari Isnin

Selalunya aku jadi MC dan pengerusi debat untuk pertandingan bahas. Formal, pendek dan straight forward. Muka serius tahap Jepun pencen. Sengaja nak menakut-nakutkan budak bahas IPT...heheheh. Tapi hari Ahad lepas, aku dengan sukarelanya menjadi pengacara majlis atau MC(master of ceremony kut). Skripnya hari Sabtu petang baru siap. Ada pantun lagi. Latihannya pada pagi majlis tu. Apabila saatnya tiba, macam kena kejar hantu. Tapi lama-lama aku slow down sikit. Aku akui yang aku bukanlah MC berbakat yang serba-boleh. Setakat nak jadi bidan terjun tu, tak ada hal..eheheheheh. Hari Isnin pula aku MC sebab demam dan batuk. Penat yang sebenarnya. Sejak bulan lepas, memang aku penat. Ada saja program bila tiba weekend. Weekdays tak usah cakap. Kat opis, aku sibuk berfikir. Di rumah, aku sibuk jadi suri rumah tangga dan pengasuh dan penulis dan isteri dan lain-lain. Penatnya tak usah cakap. Sehingga hari ni, batuk aku masih belum kebah. Badan pun suam-suam aje. Sekejap demam, sekejap baik. Hu...

Berita baik, berita buruk

Imej
Semalam tepat jam 12.30 tengah hari, bos aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.8 kilogram di Hospital Pusrawi melalui pembedahan ceasarean. Memang chubby dan putih melepak baby tuh. geram aku nengok. Maka dengan bersalinnya bos aku, team kami tinggal empat orang. Tak lama lagi yang sorang tu pun akan bercuti kerana menjalani pembedahan major. Dan tak lama selepas itu, sebelum kedua-dua mereka kembali bertugas, aku pula meninggalkan team itu. Isk...sedey gak. Anyhow, kami berempat pun bermesyuarat pagi tadi nak bagi apa kat bos. Tau kami bagi apa? Hadiah ni memang boleh pecah rekod dunia. Rasa aku tak penah orang dapat baby baru dihadiahi dengan satu set DVD player. Salad betul (Najwa suka cakap gambir, kan...ekekeeke). Maka secara haramnya aku ngan sorang team member kuar sembunyi-sembunyi beli player tuh kat Carrefour. Bila balik opis, kami buat poster gempak tampal kat kotak player. Macam setan tahap nanas ler komik yang kami buat. Sure bos sakit perut baca. Kami bagi DV...

Transformers...Robots in Disguise

Imej
Tadi puas hati aku sebab dapat juga tengok filem Transformers selepas terpaksa ditunda beberapa kali. Memang puas hati. Kepada sesiapa yang minat Transformers dan dah jadi follower sejak kecik masa zaman kartun dulu WAJIB tengok. Tapi biasalah ada lah kekurangan di sana sini. Mungkin terlalu banyak yang nak diceritakan, filem ni nampak padat. Autobots hanya beraksi dalam suku pertama masa tayangan. Decepticons plak, separuh masa terakhir tayangan. Paling aku terkilan, Megatron beraksi pada 20 minit terakhir. Itu pun dia tak transform jadi pistol. Dia boleh transform jadi jet pejuang aje. Masa kecik aku pen at fikir cemanalah Megatron yang satu saiz dengan Optimus Prime boleh transform jadi pistol kecik yang selalu digunakan oleh Starscream. Dalam siri kartun, Soundwave transform jadi soundbox. Badan beso tapi transform jadi benda kecik? Tapi dalam filem, dia kecik ler plak. S atu lagi yang agak menghampakan ialah orang kanan Megatron yang selalu enggan menurut perintah iaitu Perceptor...

Buat kebajikan dengan me'tag' orang

Aku kena tag sekali lagi. Hari tu Najwa Aiman tag aku pasal bunga. Aku lom lagi jawab sebab teramat sibuk menguruskan perasaan aku yang sejak kebelakangan ini kacau bilau...hehehehe. Disebabkan tag kali ini melibatkan kerja kebajikan, maka aku jawab dululah tag ni. Kali ni aku kena tag dengan Kelana a.k.a Amir Husaini penulis novel Ombak Senja . Dan disebabkan aku tak punya banyak masa nak buat background check, aku copy ajelah entry daripada blog Kelana...ekekeke permission already granted. Therefore, I humbly quoted TeropongSkop's entry: ...On the birthday of the initiator of this charity tag (26th August), the aforementioned Idham, wants to compile 100 bloggers' memes, where for every meme, he will contribute RM127 to the Darul Izzah Orphanage . Anyone who wishes to support his efforts can do so. No need to wait to be tagged. We need 100 names by 26th August. Once this tag is done, please leave a comment on his blog to inform him that you have done the tag.The rules are si...