KLIBF datang lagi masa aku nak exam
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi. Di sebalik kesibukan tugas dan pelajaran, sempat juga aku merayau-rayau di pesta buku semalam bersama Izzul dan Infa. Tugas rasmi pada hari Jumaat lepas tidak membolehkan aku merayau sesuka hati melihat juadah ilmu yang berjuta-juta lemon banyaknya. Jadi semalam aku berkesempatan menjelajah hampir ke setiap gerai sambil mengintai-ngintai buku yang harus ada dalam simpanan. Kami singgah di gerai PTS. Tujuan aku adalah untuk mencari AG. AG ? Sila klik sini untuk tahu apa itu AG. Kehadiran kami disambut mesra oleh Jid. Selama ni aku hanya berbual maya dengan Jid melalui YM. Kali ni berpeluang juga bersemuka. Jid kenalkan aku dengan Nurismaliza; antara orang kuat di belakang AG. Mazlia hanya sempat aku pandang dari jauh. Maklumlah mereka sibuk melayani tetamu. Cantik betul apron mereka. Macam kat cafe plak...ekekeke. Sedang asyik aku layan Izzul cari buku bacaan ringan untuk anak daranya, tiba-tiba aku dengar Nurismaliza menjerit, "Ka...