Pilihan terbaik...yang mana satu?
Janji untuk membuat sambungan entri hari Isnin lalu tergendala sebentar sebab aku dan kumpulan ku mendapat satu misi mustahil dari langit, yang telah diperintahkan oleh si panjang. Maka, tak dapatlah aku mengotakan janji. Tapi hari ini aku akan ceritakan apakah dilema yang menyelubungi diri hingga terpaksa memilih antara dua. Rumah ku, syurga ku. Inilah yang diharapkan oleh setiap orang. Masing-masing mempunyai cita-cita untuk memiliki rumah idaman. Namun harapan musnah apabila pemaju tidak bertanggungjawab gagal menyiapkan rumah yang telah dibeli tepat pada waktu yang dijanjikan. Inilah yang telah berlaku pada aku dan juga beribu-ribu pembeli rumah di Malaysia ketika ini. Hak sebagai pembeli rumah diketepikan. Hanya baru-baru ini, suara pembeli rumah mula didengari. Itu pun hasil usaha pihak media yang prihatin. Namun usaha ini masih tidak menjamin keadilan di pihak pembeli rumah. Pembeli rumah masih tertindas. Dan pemaju rumah nampaknya masih kebal. Apakah tidak ada jalan penyelesaia...