Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2006

Antara pepahat dan pahat

Ada dua kisah yang ingin ku paparkan untuk entri kali ini.Sabtu 14 Januari 2006. Buat pertama kalinya tahun ini, syarikat tempat suami aku bekerja - bekas tempat kerja aku juga - telah membenarkan staf mereka membawa ahli keluarga untuk salah satu aktiviti yang dijalankan oleh kelab mereka. Oleh itu, berpeluanglah aku bertemu dengan ex-bosses dan ex-colleagues yang dah lama tak ku jumpa. Bertempat di Bagan Lalang, Sepang acara mengisi tembolok diadakan. Sebelum ni aku tak pernah sampai ke Bagan Lalang. Hanya mendengar nama dan pengalaman orang yang pernah ke sana. Pemandangan lautnya okay lah juga. Cuma pantainya kotor sedikit. Kalau nak mandi tu...fikirlah dua tiga kali sebab takut ada kayu hanyut atau kaca atau paku. Ini pandangan aku secara kasar sebab aku tak turun ke gigi air. Sempat pijak pasir pantai suku jalan sebab takut kaki aku yang luka itu dimasuki oleh pasir halus. Acara makan-makan bermula lebih kurang jam 5.30 petang dengan hidangan pembuka selera ABC ais krim. A

Hari pendaftaran aku di OUM Angkasa Raya

Ikutkan tentatif yang diterima melalui pos, waktu pendaftaran adalah dari pukul 9.00 hingga 10.45 pagi. Oleh sebab kepenatan dek majlis semalam, aku keluar rumah pukul 10.00 pagi dengan menaiki STAR dan Putra LRT. Sebaik saja sampai di OUM, jam sudah pukul 10.45 pagi. Dah lambat! Semua pelajar telah masuk ke dalam dewan mendengar ucapan aluan Presiden. Bagaikan pahat dan penukul, aku ke hulu dan ke hilir menguruskan urusan pendaftaran.Sudah lima tahun aku meninggalkan kampus. Rasa kekok nak jadi student semula dan menjalani pengalaman yang sama semula untuk mendaftar. Keliru, bingung, blur...itulah perasaan aku. Sudahlah lambat, terkial-kial membaca peta untuk mencari arah yang sepatutnya aku pergi selepas sesuatu urusan selesai. Lepas check-in di meja pendaftaran, aku diarah ke Bilik 1: Heliconia untuk membayar yuran. Selepas itu, berpusing tak tentu hala mencari Bilik 2: Plumbago untuk bertemu dengan koordinator program. Sebenarnya kedudukan bilik ni terbalik. Bilik nombor 2 di

Sebenarnya Cinta

:: Sinopsis Novel ini melingkari sketsa kehidupan empat orang remaja iaitu Dania, Zakuan, Zahim dan Sharmine. Watak-watak lain seperti Atira, Diana, Rafidah, Nizam, Adli dan Shelby turut menyumbang konflik dan tanda tanya dalam kehidupan empat orang remaja ini. Kisah bermula dengan konflik antara Zakuan dan Zahim yang ingin merebut kasih dan perhatian gadis pujaan ramai iaitu Sharmine. Dalam permainan rebut-merebut ini, Dania secara tidak sengaja telah terheret sama dalam kancah perebutan ini. Bermulalah ikatan persahabatan-permusuhan tidak rasmi antara empat orang remaja yang sama-sama belajar di sekolah menengah dan universiti yang sama ini. Kemunculan Shelby dalam hidup Zahim mengubah persepsi dirinya sehingga melahirkan bibit-bibit cinta terhadap Dania di luar sedarnya. Namun Dania tidak mudah menerima kerana ragu-ragu dengan keikhlasan Zahim. Konflik demi konflik terus berlaku. Penculikan Dania, pengkhianatan Diana, kecaman Rafidah, keterlanjuran Sharmine-Zakuan, godaan Nizam, an

Sofi

:: Sinopsis Penafian Sofi Suryana terhadap dirinya telah melahirkan Ryan ? gadis tomboy yang lasak, keras kepala dan berhati waja. Persahabatannya dengan Zaihan begitu akrab sehingga menyembunyikan perasaan sebenar dalam diri masing-masing. Sungguhpun begitu, Zaihan tidak dapat menghidu kepahitan hidup yang dialami oleh Ryan di rumah. Penderaan papa dan penderitaan mamanya hanya disimpan di dalam hati. Di rumah dia sengsara. Kebahagiaan hanya ditemui apabila berada di luar rumah bersama Zaihan dan rakan-rakan yang lain. Apabila Zaihan berkenalan dengan Fiona, belang papa yang disembunyikan selama ini terbongkar. Hasrat untuk menghentikan kekejaman papa terhadap mama seolah-olah akan berjaya. Perhatian Zaihan mula berpaling apabila menyedari tipu helah Fiona dan kemunculan diri Sofi Suryana dalam diri Ryan. Namun berpeluangkah mereka mengecapi bahagia bersama? Mampukah Sofi Suryana menyelamatkan mama daripada kekejaman papa? Siapakah yang akan berkorban demi menyelamatkan orang yang dis