LRT
Al-Fatihah untuk mangsa bencana alam Tsunami.... Minggu ini memang sibuk selepas cuti dua hari (Jumaat dan Isnin). Majalah hendak disiapkan sebelum hujung minggu ini. Ada beberapa orang penulis masih belum menghantar artikel masing-masing. Maka episod kejar-mengejar sedang berlaku. Waktu inilah wajah yang sentiasa mengukir senyuman akan berkerut-kerut. Masa cuti hari Isnin yang lalu, aku pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Maju Junction. Sampai saja di sana, nombor giliran sudah habis. Rasanya kesemua lokasi JPN Lembah Kelang akan merakamkan situasi yang sama. Tapi apa yang hendak aku sampaikan kali ini, bukanlah mengenai JPN. Tapi LRT. Kalau dahulu, bas mini menjadi trend pengangkutan utama warga kota. Selepas itu era Intrakota dan bas Metro. Sekarang ini rata-rata warga kota lebih banyak menggunakan LRT (Star, Putra dan Monorail). Selari dengan kepesatan kecanggihan industri pengangkutan, warga kota juga pesat membangun dengan semangat 'kiasu'. Bukan hendak mengutuk, tapi ...