Catatan

Tunjukkan catatan dari 2004

LRT

Al-Fatihah untuk mangsa bencana alam Tsunami.... Minggu ini memang sibuk selepas cuti dua hari (Jumaat dan Isnin). Majalah hendak disiapkan sebelum hujung minggu ini. Ada beberapa orang penulis masih belum menghantar artikel masing-masing. Maka episod kejar-mengejar sedang berlaku. Waktu inilah wajah yang sentiasa mengukir senyuman akan berkerut-kerut. Masa cuti hari Isnin yang lalu, aku pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Maju Junction. Sampai saja di sana, nombor giliran sudah habis. Rasanya kesemua lokasi JPN Lembah Kelang akan merakamkan situasi yang sama. Tapi apa yang hendak aku sampaikan kali ini, bukanlah mengenai JPN. Tapi LRT. Kalau dahulu, bas mini menjadi trend pengangkutan utama warga kota. Selepas itu era Intrakota dan bas Metro. Sekarang ini rata-rata warga kota lebih banyak menggunakan LRT (Star, Putra dan Monorail). Selari dengan kepesatan kecanggihan industri pengangkutan, warga kota juga pesat membangun dengan semangat 'kiasu'. Bukan hendak mengutuk, tapi ...

Aku dan ICT

Kebergantungan terhadap ICT terutamanya Internet sejak pertengahan dekad yang lalu, dalam hidup aku, agak kritikal. Mana taknya, tiap-tiap hari kena bergantung pada e-mel untuk menanti artikel-artikel yang akan disiarkan dalam keluaran terbaharu. Sambil-sambil menyunting buku, ada kalanya terpaksa merujuk ke laman DBP untuk mencari istilah yang tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kadang-kadang bila grafik tak cukup, kenalah melayari Internet 'meminjam' grafik yang sesuai. Ataupun mencari maklumat untuk menulis artikel, terpaksa juga melayari tangki siber. Aku ni jenis yang malas nak beratur panjang di bank untuk membayar bil utiliti. Jadi jalan paling mudah ialah perbankan Internet. Kalau boleh, segala-galanya nak aku lakukan melalui Internet. Mudah, cepat dan selesa. Tapi sejak dua hari kebelakangan ini, server di pejabat 'down'. Terasa dunia gelap seketika. Sunyi dan tidak bernyawa. Tak boleh periksa e-mel, layar laman maklumat, chat di YM (heheheh). Semuanya se...

Hari Keluarga

:: Hari Pertama Kononnya nak bertolak awal, selepas sembahyang Jumaat. Tapi pilot utama turu pulak. Dah penat-penat kemas, teruja lagi, kena tunggu pilot tidur dulu. Akhirnya pukul 3.30 petang baru bertolak. Atas jalan sepanjang Lebuhraya Utara Selatan menghala ke exit PD, penuh dengan kenderaan berat - bapak lori, emak lori, anak lori, siput gergasi, belalang kunyit. Macam pesta pula. Alhamdulillah...sampai juga ke Kayns Resort walaupun tersesat hampir nak ke Melaka...wakakakaa. Gara-gara tak nampak papan tanda Politeknik Seremban. Lepas check-in, terus terjun dalam kolam. Aliyah paling gembira. Sampai merah-merah mata dan tenggelam beberapa kali sebab tak mau pakai pelampung. Bila malam menjelma, ada BBQ di tepi pantai. Paling seronok sebab dapat makan udang dengan sepuas-puas hati. Antara orang terakhir meninggalkan 'tempat kejadian'. :: Hari Kedua Lepas sarapan, terus berkumpul di padang resort untuk acara sukaneka. Tapi yang masuk bertanding cuma Aliyah - pertandingan kuti...

Hari Keluarga - pagi sebelum bertolak

Pagi tadi, Aliyah, seperti biasa buat perangai. Nak ikut umi pergi 'jeje' lagi. Menangis-nangis tak mahu pergi rumah ibu. Akibatnya hari ni masuk pejabat pukul 8.17 pagi. Merah lagi kad perakam waktu. Kalaulah boleh letak sebab "Aliyah buat perangai" tentu senang nak menghadap bos bila dia tanya kenapa selalu lewat. Tengah hari ini selepas sembahyang Jumaat, kira-kira dalam pukul 2 petang, kami sekeluarga akan bertolak ke Kayns Resort di PD. Memang suka bertolak awal sebab dengar kata tempat letak kereta terhad. Tak suka betul kalau kena letak kereta di luar resort. Tak selamat rasanya.Setakat pagi ni dah macam-macam cerita sampai ke telinga mengenai Hari Keluarga. Adatlah kalau ada yang tidak berpuas hati. AJK yang akan dipersalahkan. Bukannya senang hendak memikul tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Kadang-kadang kepentingan diri lebih mendominasi. Dah hampir dua tahun kerja di sektor awam. Banyak juga perbezaannya jika hendak dibandingkan semasa kerja di sektor ...