Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Puding Triffle

Imej
Sejak mula tahu buat Pudding Triffle ni, dah berkali-kali aku buat terutama kalau ada majlis makan-makan. Adik-adik aku pun tumpang sekaki order pada aku untuk majlis makan-makan kat opis mereka. Nak kata aku buat bisnes puding ni, bolehlah juga. Tapi untuk adik-beradik sajalah. Untuk orang lain, aku belum cukup confident. Hehehe... Entri pasal resepi ni ada dalam blog lama aku yang dah nyah aktif. Sebab tu pada gambar header ada watermark nama blog. Blog itu aku punya tau. Bukan kidnap imej orang lain. Kalau pun aku nak kidnap, pada caption gambar aku ada sebut sumber dari mana. Itu yang sepatutnya kita lakukan jika meminjam sesuatu daripada orang lain. Acknowledge pemilik asal. Bagi mereka kredit sekali gus promosikan laman mereka. Sekiranya untuk tujuan perniagaan, ada banyak image provider seperti Shutterstock, Dreamstime, 123rf.com dan banyak lagi. Ketiga-tiga servis ni aku pernah langgan untuk tujuan pembikinan kulit novel dan buku-buku bergambar. Untuk blog, aku fikir tak p...

Ketam Telur Asin

Imej
Selalunya resepi ni dimasak menggunakan ketam kulit lembut. Pertama kali aku cuba resepi ni adalah pada tahun 2010. Masa tu aku ikut resepi Chef Amy Beh, yang tersiar dalam seksyen Kuali The Star Online. Pautan pun dah 404: Page Not Found . Dan satu lagi resepi adalah daripada Chef Lee Kum Wong, Bangsar Seafood Restaurant. Jadi aku gabungkan kedua-dua resepi ni memandangkan ada bahan-bahan yang aku tak ada waktu tu. Jadi separuh entri ni aku petik daripada blog lama aku yang tersiar pada 29 Ogos 2010. Berdasarkan bahan-bahan kat bawah ni, memang ada perbezaan antara resepi yang digunakan oleh Chef Amy dan Chef Lee. Terpulang pada korang nak ikut mana satu atau gabungkan macam yang aku buat. Cara mengulahnya: Untuk lihat cara yang digunakan oleh Chef Lee, korang boleh tengok kat Youtube. Klik SINI . Ini cara Chef Amy: 1. Bersihkan ketam. Kalau tak tahu, boleh Google aje cara-cara nak siang ketam. Paling mudah, suruh aje pekerja pasar raya yang buatkan. 2. Selepas dibersihka...

Ayam masak phad pet

Imej
Masa aku belajar kat UIA kampus PJ tahun 1995-1997 dulu (lepas tu pindah kampus Gombak), aku suka sangat beli lauk ayam masak phad pet. Kat kantin C (bawah). Masa tu aku tak tau apa nama lauk tu. Aku agak ayam masak paprik atau ayam masak rendang tomyam.... hahaha. Bertahun-tahun lepas tu, barulah aku terjumpa resepi ni kat FB. Ternyata yang aku suka dan makan dulu ialah ayam masak phad pet. Siam mari. Suka betul perut aku akhirnya setelah berpuluh tahun, dapat merasa balik masakan ni walaupun tak sama macam yang dimasak dek makcik kantin C tu. Kebetulan aku jumpa resepi ni dalam bulan puasa. Apalagi, mencanak keinginan nak cuba. Aishh... lapar pulak perut aku tetiba tengah taip entri back dated ni... hahaha. Bahan-bahan (kisar semua): 5 batang serai 2 inci kunyit hidup 4 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1 mangkuk kecil cili padi 5 biji cili merah ** aku guna cili kering kisar Bahan lain: 1 ekor ayam(dipotong kecil-kecil) 1 ikat kacang panjang 3 kpg asam keping ...