Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Preview Kasih Yang Tak Pasti (3)

Imej
“Menurut sesetengah saintis, memang wujud dunia yang selari dengan dunia kita. Mungkin kita sudah terlangkah garisan dunia selari secara tidak sengaja sewaktu ribut tadi. Ataupun ribut itu telah membuka satu pintu atau laluan yang membolehkan kita melangkah di antara dunia selari.” “Ah! Karut! Berangan macam saintis gila!” Zalynn menjerkah. Jeritannya bergema di segenap belantara. Tetapi hanya dibalas oleh bunyi mergastua. ***** “MUKA dia tu comel. Tapi perangai dia… mak oi. Kalah penyangak Kampung Dusun!” Komen Syafia. “Kenakalan dia memang tak ada tandingan di sekolah kita ni,” sambung Azli. “Tapi senakal-nakal dia tu, dia tak pernah menganiaya orang yang dalam kesusahan.” Sebaliknya Laila seperti mahu memuji pula. “Kau pula bagaimana? Apa pendapat kau tentang dia?” Laila memandang Zulhairy. “Perangai dia tu menyusahkan aku. Kenapa aku pula yang ditugaskan mengawasi dia?” “Pengawas paling berkaliber di Seri Intan Emas merungut?” soal Nancy dengan sinis. “Ah! Apa aku peduli. Yang past...

Preview Kasih Yang Tak Pasti (2)

Imej
“Zettai iya desu!” (Tentu sekali tidak!) Kay Azlinda bangkit dan meninggalkan Takashi di situ. “Chotto matte yo!” (Jangan pergi dulu!) Takashi segera mencapai lengan Kay Azlinda. “Gomen…mo ikanakiya.” (Maaf, saya harus pergi sekarang.) Kay Azlinda cuba menarik kembali lengannya. Dia tidak mahu lagi disoal jawab mengenai tindakannya. Ia begitu memeritkan dan mengecewakan. “Tsuitekite kure.” (Tolong ikut saya). Sebaliknya Takashi menarik lengan Kay Azlinda menuju ke arah bertentangan. “Takashi, yamete...ikitakunai wa!” (Takashi, saya tak mahu ikut! Hentikan!). Kay Azlinda cuba melawan. Dia tidak faham kenapa Takashi tiba-tiba berdegil memaksanya. Selalunya Takashi tidak begini. “Yoku kite kure yo!” (Dengar sini!) ***** “Saya dah tempah homestay untuk kita sebab nak bagi awak pengalaman hidup cara Melayu tradisional. Awak dah terlalu ‘Jepun’.” Shah Firdaus tersenyum. Kay Azlinda tidak jadi hendak berterusan berasa marah. Sebaliknya dia terasa lucu pula. Teruk sangatkah dia sampai terpaks...

Preview Kasih Yang Tak Pasti (1)

Imej
“Dah baca sampai mana?” Satu suara asing menegurnya. Shazrynn segera mengangkat kepala memandang tuan punya suara itu. Dia sungguh terkejut apabila melihat Faris berdiri di hadapannya. Dia tergamam seketika. “Apa kau buat kat sini?” soal Shazrynn. Dia hairan apabila melihat Faris seperti terperanjat. “Eh, Hans kata kau yang suruh aku datang. Nak ajar mikro.” Shazrynn tercengang. “Hans ni nak mati agaknya!” Dia berasa begitu geram kerana Hans berjaya mengenakannya. Kalau ikutkan kata-katanya tadi sepatutnya Hans yang datang berjumpa dengannya di situ. “Tak guna kau marah dia. Kan lebih baik jika kita mula mengulang kaji pelajaran.” Faris tersenyum lagi. **** Zakuan cuak. Dia bangun dan berjalan ke arah koridor. Matanya menyeluruhi halaman rumahnya yang luas itu. Hatinya tidak senang. Harus dia biarkan sahaja? Tidak! Tetapi ayah… Tidak! Gadis itu tidak bersalah. Zakuan segera menuju ke sebuah bilik yang terletak di tingkat tiga banglo mewah itu. Pintu bilik sederhana besar itu ditolak. Z...

Ku persembahkan...Kasih Pun Bersatu

Imej
Blurb: Lanjutan...dan Mimpi Pun Bersatu menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangka cinta monyet. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran. Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul menuntut janji, merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran. Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi. Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa si...