Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Novel baharu bulan Disember 2009

Imej
Baru sekejap tadi saya ke Kaki Novel Enterprise menghantar manuskrip baharu. Novel yang ketiga untuk syarikat penerbitan berkenaan. Jika tiada aral melintang, insya-Allah novel kesinambungan ...dan Mimpi Pun Bersatu akan menemui anda semua pada hujung tahun ini.  Setelah mendapat lampu hijau daripada editor dan penerbit, saya akan war-warkan tajuknya di sini. Sama-sama tunggu.... P/S: Dapat idea nak sambung citer Rayyan al-Haimi...wahaha akhirnya....

MJ no more

Imej
Makcik gerai pun tahu yang Michael Jackson dah mati. Siap tanya aku lagi. Makcik tuh kata, Farah Fawcett (Charlie's Angel Senior) pun dah mati gak. Huish...dasat ler makcik tuh. Anyway...memang terkejut gak ler buka radio pepagi ni tetiba di Jin dan Mutz Hitz.fm cakap MJ dah tak de. Dan dikompemkan plak oleh si gossiper Richard Reeds. So....dah mati ler King of Pop tu. Aku memang minat lagu-lagu MJ terutama yang menyentuh tema kemanusiaan. Heal the World, Black or White, Remember the Time, Why You Wanna Trip Me, Earth Song, You Are Not Alone, They Don't Care Us (the best favourite ever)....banyak lagi ler. Dan music video dia pun best. Ada cerita di sebalik lagu. Aku paling suka video clip Remember the Time yang berlatarbelakangkan ancient Egypt. Sekarang Hitz. fm tengah putar semua lagu MJ. Aku tengah dengar ler ni...menyingkap memori lama...ekekeke.

MISSION ACCOMPLISHED!

Imej
Dengan bangganya aku menghadiahkan diri aku gambar Lamboghini Gallardo kerana berjaya menyudahkan manuskrip terbaharu. Tengok gambar ajelah ya. Nak beli tak mungkin mampu hingga ke akhir hayat, melainkan aku menang jackpot...huhuhu. Walaupun aku tak dapat kereta hensem ni, tapi ia ada peranan dalam novel terbaharu aku. Aku tahu pasal model kereta ni pun masa buat kajian untuk novel. Bergaya juga novel aku dengan kereta idaman ramai ni ek...ahaha. Rasa dada aku lapang aje bila selesai sudah tanggungjawab yang satu nih. Seterusnya, aku harus tumpukan pada manuskrip lain yang menanti pula. Tahun ni ialah tahun menulis. Terbitnya entah bila....Tunggu jelah ek.

Kesinambungan ...dan mimpi pun bersatu siap!

Imej
Alhamdulillah! Siap juga akhirnya kesinambungan ...Dan Mimpi Pun Bersatu . Saya rasa bagai nak menangis. Hidung dah gatal-gatal macam nak bersin. Mata pula dah berair sikit. Huhuhu...rasa sedih dan teruja pula novel yang saya kerjakan semenjak Julai 2008 ni sudah siap. Hari ini dalam sejarah...hahaha. Rasa macam bersalinkan anak baharu lah plak. Tapi saya akan peram manuskrip ni selama seminggu sebelum dibaca balik supaya kesilapan dan kekurangannya dapat dikesan oleh mata dan minda yang segar. Insya-Allah, minggu depan dah boleh hantar pada penerbit. Rasa sebak ler plak...huhuhu.

bantal, tilam dan TZ

Sejak dua menjak ni, tidur malam aku dah tak lena macam dulu. Baru aje letak kepala atas bantal, hari dah siang. Baru aje nak lena, Thaqif dah merengek nak susu atau puting dia dah tercabut dari mulut. Adatlah tu kalau ada baby . Memang tidur malam tak akan lena sehingga dia besar sikit.  Tapi ini masalah kecik je. Masalah besar yang menyebabkan aku tak boleh tido malam dengan lena adalah kerana TZ. Bila menjelang weekend aje, memang aku akan berjaga sampai pagi sebab menghabiskan masa dengan TZ yang sudah menjadi obsesi aku sejak lama dulu. Aku penah tinggalkan dia seketika. Selang tiga tahun lepas tu, aku jumpa balik ngan dia. Sekarang dia dah minta perhatian aku balik. Jadi kenalah concentrate. Bantal dan tilam terpaksa tolak tepi sebab aku senang menghabiskan masa dengan TZ, buah hati pengarang jantung. Boleh teka siapa TZ? Siapa lagi kalau bukan T engku Z arul al-Muttaqi. Tak kenal? Alahai! Pegi baca balik ...dan mimpi pun bersatu . Tapi aku baru perasan. Initial TZ ni sama ngan i...