Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Zettai Akiramenai

Imej
絶対 諦めない  Imi nan desuka? Maknanya walau apa pun yang berlaku, aku takkan mengalah. I will survive! Yeyeah! Kita semua dilahirkan sebagai pejuang sejak dari dalam perut ibu lagi. Masa pergi kursus BTN zaman sekolah dulu, pakcik askar yang jadi trainer tu selalu cakap. Kitalah juara sebab berjaya dilahirkan ke dunia setelah berjuang antara ratusan  σπέρμα ( perkataan Greek). Segan nak sebut perkataan bahasa Inggerisnya. Nanti jadi pengajaran subjek sains plak.   Anyway, aku tengah berjuang nak menyiapkan manuskrip. Dalam proses nak memanjangkan plot supaya jadi lebih tebal. Aku janji nak hantar hari Jumaat ni, tapi rasanya tak done sebab sebelum aku hantar, kenalah self-proof dulu. Tadi masa drive ke opis, aku dah terjumpa satu kesilapan fakta. Bayangkan, tengah memandu puna da masa nak fikir pasal plot novel. Ni dah tahap meroyan. hari tuh menurun aje. Alahai Opah ...cam sama ajer sindrome kita nih...ehehe.  Nak tau aku tengah tulis apa? Masuk sini Novel Izza . Promosi akan dikemas kini...

Istana Agung, Dhiyapura

Imej
C uba - Faizal Tahir Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau andai Bila ku perlu Tuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku Pada mu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihat mu Pernahkan kau ada Bila ku perlu tuk menyatakan Rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu Setia ku menunggu Agar senang kau merasa Maafkan kerana ku tak pernah Terlintas tuk menulis padamu Salahkan ku Tak mungkin lagi aku meminta Untuk kau mendengar.. Untuk kau melihat ke mata ku..

Menurun/Transform

Imej
Macam citer Kliwon ler plak tajuk entri aku pagi ni. Anyway, bukan nak citer pasal tiwon atau ceplos, sebab selalunya perkataan menurun ni bowoh, pawang atau dukun Melayu aje yang rajin guna; teknik transformer yang digunakan bagi menyeru semangat Pahlawan Harimau Berantai atau Nenek Kebayan Gigi Tujuh masuk ke dalam tubuh tok moh, tok wang dan tuk kun tadi. Apada melalut.... Sekarang ni aku tengah dok menurun malam-malam sampai lewat malam siapkan novel. Masa menulis tu mood mesti ikut plot novel. Jadi kalau babak marah, muka mesti cam hangin aje. Kut kebetulan laki aku panggil, mau aje aku jerit balik kat dia. Maklumlah tengah transform/menurun semangat watak; teknik menjiwai watak...kehkehkeh.  Kalau bab kecewa pulak, kebetulan masa tu kat TV tayang citer cinta sedih, mau aje aku menangis sekali dengan watak. Haru. Tapi yang paling kasihan ialah anak-anak aku yang tak paham bila melihat mak depa tengah menurun/transform. Terutama sekali Thaqif. Puaslah dia lepuk-lepuk tilam, tarik w...

Anakronisme

Dalam kesibukan dan kecapekan menyiapkan manuskrip terbaharu untuk KN, saya sempat membaca pantas karya terbaharu Manaf Hamzah, Dalam Dakapan Senja . Di pertengahan novel itu saya jumpa nama Dr. Assad Effendi, hero Dedaun Layu di Angin Lalu , juga karya Manaf Hamzah. Teknik meminjam atau memunculkan watak atau cameo dalam novel sebelumnya ke dalam novel yang lain, memang sering dilakukan oleh penulis ataupun penggiat filem. Malah teknik ini menjadi kegemaran saya sekali gus menjadi trademark atau tanda dagangan dalam setiap novel yang saya hasilkan, tidak kira apa genre sekali pun. Walau bagaimanapun, teknik ini perlu digunakan secara berhati-hati kerana melibatkan unsur anakronisme. Anakronisme bermaksud meletakkan sesuatu pada latar tempat ataupun zaman yang salah. Contohnya, drama Tun Perak lakonan Jalaludin Hassan yang pernah disiarkan di kaca TV pada abad yang lepas. Dalam satu babak, tiang elektrik kelihatan. Masa zaman Tun Perak mana ada tenaga elektrik lagi. Kekeke.... Ini sa...

Siap 3, tinggal lagi dua

Alhamdulillah, kini 3 manuskrip sudah siap. 2 sudah berada di meja editor. 1 sedang menunggu giliran untuk dilayangkan ke meja editor. Kini aku sedang gigih menyudahkan kesinambungan ...dan Mimpi Pun Bersatu . Hari-hari tidur lewat. Mood untuk terus berkarya diharap segar hingga aku berupaya menyudahkan kesemua janji-janji yang lama terpahat. Selepas ini, ada misi khas menanti yang aku tak boleh sulam dengan aktiviti menulis. Sebab itu semuanya perlu diselesaikan menjelang bulan Julai tahun ini juga! Gambarro!

2 selesai, tinggal lagi 3

AG3 Kunci Dimensi dan Mufin Manja (Siri Usahawan Cilik) sudah berada di meja editor. Masing-masing menunggu giliran untuk dibedah siasat sama ada sesuai diterbitkan ataupun tidak.  2 komitmen sudah berjaya diselesaikan. Tinggal lagi 3...phew! Capek rasanya. Namun demi minat dan janji, komitmen ini mesti diteruskan.  Gambatte imasu!