Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Waduh...tag play lagi

Pertama kali aku kena tag ngan Norra Hassan. Banyak jugak soalannya. Tapi aku jawab gak. Tak baik menghampakan permintaan seorang teman perjuangan. Ehehe... 1) 3 Names in Your Inbox Cellphone --J-Card invitation to a shopping spree at Jusco Cheras Selatan --Direct Access invitation for member referral --J-Card invitation to a shopping spree at Jusco Cheras Selatan Apa daa..baru aku perasan. Semua orang dok promo kat aku ni nape? Aku ni nampak macam promoter ke? Nani sore? 2) Your Main Ringtone Crecendo, the ending theme song for anime series La Corda D'Oro 3) What U Did At 12 Last Night? Knock off, after swallowing Bena Expectorant 4) Who Was The Last Person You Went Out With? Where? Izzul Izzati, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 5) The Color 0f The T-Shirt You're Wearing? Now? Brown 6) The Last Thing U Did? Changing Novel Izza's template 7) 3 of Your Everyday Favorite Items --car keys --handbag --thumb drives 8) The Color of Your Bedroom? White, the original color 9)...

Tukar lagi

Saya sendiri tidak tahu sudah berapa kali saya menukar blog template. Apabila saya berasa bosan dengan template yang ada, saya pasti menukarkannya dengan template yang mencerminkan fikiran saya pada ketika itu. Ataupun pilihan template juga memaparkan tema novel yang sedang saya tulis. Buat masa ini, saya sedang berhempas-pulas menyiapkan manuskrip Usahawan Cilik dan Siri 3  AG bagi terbitan PTS. Manuskrip novel lain akan menyusul.  Baru-baru ini saya melayari blog penulis yang menggunakan banyak nama pena--seperti saya juga. Saya pasti setiap nama pena yang digunakan mempunyai tujuan tertentu. Saya menggunakan nama pena berbeza bagi mengklasifikasikan genre penulisan. Nama pena Izza Aripin digunakan untuk novel cinta remaja/dewasa. Manakala nama pena Hani Ismail digunakan untuk novel awal remaja/remaja. Dan nama sebenar saya sendiri digunakan bagi penulisan serius seperti suntingan buku ilmiah/separa ilmiah, artikel majalah dan surat khabar.  Saya sedang mempertimbangkan satu lagi nam...

Pesta penulis

Seperti tahun-tahun lepas, tahun ini Pesta Buku Antarabangsa KL datang lagi. Pada hari pertama, sebelum pintu utama buka, jam 8 pagi aku sudah terpacak di PWTC. Macam tak sabar-sabar saja nak menyerbu masuk memborong apa yang patut. Aku suka pergi time orang kerja. Jadi tak sesak. Sabtu Ahad sendat. Berlaga-laga ler pulak nanti. Kalau ada lane jantina, lainlah cerita. Tapi aku pasti kalau ada pun, sesak gak sebab kaum perempuan yang datang ke PBAKL melebihi kaum lelaki. Boleh bet RM1000 ngan aku kalu tak percaya...ekekeke. Anyway , aku telah mengabiskan ratusan hengget juga membeli buku ulang kaji untuk Aliyah. Terlupa pula nak beli aku punya sekali. Lawak betul. Aku cuma sempan pesan novel terbaharu Manaf Hamzah aje. Novel lain tak beli sebab bajet dah habis dan aku sendiri terlupa...kekeke.  Aku berpeluang singgah di booth fave cari makan seperti Karnadya, Jemari Seni, CESB, Alaf, Prima, NB, Fajar Pakeer. Terjumpa ngan Kak Noor and rombongan geng Kicaps, Noor Suraya, Kak Em, Aina ...

Perang broadband

Imej
Semalam aku ke PC Fair. Nampaknya acara ni akan masuk dalam kalendar 'wajib pergi' macam pesta buku. Cara PC Fair ni dianjurkan memang menarik. Aku bercakap mengenai event di KLCC saja. Tempat lain aku tak tahu, sebab tak pernah pergi. Gini, di PC Fair hanya ada satu jalan masuk dan satu jalan keluar. Jadi setiap pengunjung akan dipaksa melalui ke semua dewan pameran. Kiranya tak boleh ler buat booth skipping macam orang selalu buat masa pesta buku. Idea mereka ni memang menarik. Sungguhpun kita tak nak beli barang tu, kita kena juga masuk dewan tu sebab itulah satu-satunya jalan keluar. Jalan lain kena barricade. Tapi kadang-kadang rimas juga sebab orang berpusu-pusu. Idea bisnes okay. Tapi keselesaan pengunjung pula yang tergadai. Jadi masa mencari jalan keluar lepas aku beli barang yang aku nak, ada tiga operator broadband gergasi iaitu Celcom Broadband , Maxis Broadband dan yang terbaharu Wiggy sedang membuat promosi besar-besaran. Kira macam perang broadband ler juga. M...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 17-26 April 2009

Imej