Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Kin iro no kuruda 金色のクロダ

Imej
Minat aku terhadap anime/manga kembali menggila semula apabila aku jumpa Kin iro no koruda prima passo atau La Corda D'oro , dalam bahasa Itali yang bermakna the golden string . Siri anime ini disiarkan di saluran Astro Animax 715 jam 7.30 malam Isnin-Jumaat dan ulangannya 11.30 malam. Kalau aku missed siaran petang, terpaksa bersengkang mata sampai jam 12 malam. Aduhai! Anime ini mengisahkan pelajar General Education , K ahoko Hino berkeupayaan melihat Lili, dewi muzik yang menjaga Seiso Academy. Disebabkan kebolehan tersebut, Lili telah menganugerahkan kepadanya biola magis yang boleh dimainkan oleh Hino, walaupun tanpa mempunyai kemahiran menggesek biola. Lil i juga memasukkan nama Hino sebagai peserta pertandingan muzik antara sekolah. Dalam pertandingan itu, Hino bertemu dengan peserta lain iai t u Len Tsukimori, penggesek biola; Ryotaro Tsuchiura, pemetik piano; Keiichi Shimizu, penggesek cello; Kazuki Hirara, peniup trumpet; Azuma Yunoki, peniup flute; Shoko Fuyumi, peniup ...

Ke udara

I Semalam aku ke Radio IKIM.fm menjalani sesi rakaman bagi slot Mata Pena yang dikendalikan oleh rakan penerbit, Fairuz Nordin. Kali ni aku ke sana sebagai Hani Ismail bagi mempromosikan novel Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam. Ini kali kedua aku ke udara di stesen radio berkenaan. Kali pertama aku ke udara ialah membicarakan mengenai e-novel. Waktu itu aku masih lagi bersama institut. Cuak juga semalam. Berapa kali aku kena baca teks sebab laju macam shinkansen . Masa temuramah, aku ada sebut sesuatu yang aku tak patut sebut. Hish...malaslah pula nak rakam semula. Lantaklah. Aku punya suka, aku punya pendapat...wahahaha.  II Tak sangka pula setelah meninggalkan institut selama setahun lebih, aku kembali ke sana sebagai tetamu. Memang sungguh aku tak sangka. Ingatkan kalau dah blah tu, bye bye forever . Rupanya kembali juga aku ke sana. Ini satu-satunya tempat kerja yang punya pertalian dengan aku walaupun aku dah pergi meninggalkannya. Agensi dan akademi, aku memang tak mau ada kena...

Hani Ismail di Radio IKIM.fm

Imej
Dengarkan slot Mata Pena yang ke udara pada 23 Mac 2009 (Isnin) jam 9.15 malam di Radio IKIM.fm frekuensi 91.7. Hani Ismail akan ke udara membicarakan mengenai novel Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam. Dengarkan, ya! Kikimashou!

Star Wars

Sewaktu sedang bergelut mahu menyiapkan AG3 dan sebuah novel untuk KN, saya menerima mesej Yahoo Messenger! daripada seorang teman lama semasa menuntut di tingkatan enam dahulu. Kami sudah lama tidak bersua muka, ditemukan kembali di laman Facebook. Sebaik sahaja dia tahu saya kini penulis novel, dia terus membuat komen berikut: Novel kau mesti ala ala Star Wars, kan? Dahulu sewaktu zaman sekolah, saya memang fanatik dengan semua yang berkaitan dengan sci-fi/fantasi--baik filem, kartun, anime, komik dan novel. Sehingga timbul keinginan menulis novel sci-fi/fantasi. Malangnya waktu itu, tidak banyak penerbit yang mahu menerbitkan genre berkenaan. Yang prominent cuma DBP dan penerbit ini menjadi pembekal tunggal kepada saya bagi mendapatkan naskhah sci-fi/fantasi yang ketika itu amat payah didapati. Sewaktu saya menuntut di universiti, saya mula membaca novel Inggeris sci-fi/fantasi disebabkan masih kurang novel berkenaan di pasaran. Disebabkan pasaran tempatan ketika itu tertumpu kepad...