Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Majal

Imej
Bererti tidak tajam, tumpul (bagi pisau dan pedang. Bererti benak dan fikiran. Kesimpulannya boleh dikatakan majal ini benak yang tumpul, tidak tajam. Fikiran yang tidak bijak membuat perhitungan. Ceh waahhh. Aku bukannya nak berbicara pasal bahasa ataupun kotoba pada pagi Rabu ni. Tapi aku nak tulis entri pasal sikap budak-budak sekarang yang MAJAL. Kalau aku sebut aje perkataan MAJAL ni bermakna aku memang marah bangat. Semalam, sewaktu aku nak jemput anak-anak aku dan bibik dari rumah mak aku, ada sekumpulan anak-anak jiran mak aku yang sedang menghabiskan cuti sekolah mereka, begitu seronok bermain badminton. Keseronokan dan semangat kesukanan mereka yang jitu itu terlalu tinggi sehingga menidakkan hak sebuah kenderaan mahu melalui jalan yang telah dijadikan gelanggang badminton haram. Walaupun dah nampak ada kereta mahu melalui jalan itu, dengan selambanya budak-budak yang berangan-angan nak jadi Misbun Sidek ni, langsung tidak mempedulikan kereta yang hendak lalu. Aku memperlahan...

Hantu Kum Kum

Sesiapa yang lahir selepas tahun 80-an, mungkin tidak kenal akan Hantu Kum Kum. Spesies hantu ini telah berjaya menghiasi muka depan akhbar pada tahun 1984. Waktu itu aku darjah tiga. Satu Malaysia heboh  menceritakan perihal Hantu Kum Kum. Alkisahnya, Hantu Kum Kum berasal daripada seorang wanita yang telah menuntut ilmu salah (menyekutukan Allah) hanya kerana mahu kelihatan jelita--mungkin ada beberapa versi lain. Tapi ini versi yang aku tahu selama ini). Malangnya dia menjadi hodoh. Oleh itu, dia terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik purdah berwarna hitam yang menutup seluruh wajah melainkan dua biji mata. Demi memulihkan wajahnya, dia dikehendaki minum darah kanak-kanak. Maka pada era itu, kesemua kanak-kanak menjadi amat ketakutan apabila terserempak dengan wanita berpurdah. Itu cerita pada abad ke-20 yang lalu. Kini aku dah dewasa, sama seperti kanak-kanak seangkatan denganku pada tahun 80-an. Pada pandangan aku, kisah Hantu Kum Kum mungkin hanya propaganda atas tujuan-...

Hokdok panas

Jumaat hingga Ahad lepas, aku bertandang sekali lagi--buat kali yang ketiga--ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Yang pertama kali ke Pasir Putih; yang kedua kali ke Machang; dan yang ketiga kali--yang terakhir--ke Pasir Putih semula. Waou! Itulah...dulu mak aku teringin nak tinggal kat Kelantan. Ha...sikalang tiga-tiga menantu dia dari Kelantan. Husband aku juga orang Perak. Kalau lawan bola, mesti kalah...huahuahuahua. Alkisahnya, kalau pergi sana aku mesti jalan-jalan cari makan. Aku emang sukak bangat ngan masakan orang sana--the budu, ikan rebus goreng, etok, colek. Yang manis tu memang aku tak usik ler. Dalam banyak-banyak kumpulan makanan yang aku suka, etok jer yang aku tak jumpa kali ni. Orang sana pun hairan sebab apa aku suka makan etok. Entah...aku sendiri pun hairan mengapa aku suka...ekekeke. Lagi satu aktiviti selain makan yang aku suka bila di sana ialah shopping. Uish...best tak terkira. Macam-macam aku borong. Itu pun tak cukup lagi. Lepas ni, bilalah aku nak ke sana lagi...

Ketulusan Hati - Anuar Zain

Cintaku tak berdusta Tak mengenal ingkar Tak kenal nestapa Cintaku hanya indah Hanya bahagia untuk selamanya Apa yang kurasakan ini Persembahan untuk dirimu Kau biarkan kasihku Mencintaimu tak mengenal waktu Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati mencintaimu tak mengenal ragu keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu Cintaku tak berdusta Tak mengenal ingkar Tak kenal nestapa Tak ada seribu janji Hanya bahagia untuk selamanya Apa yang kurasakan ini Persembahan untuk dirimu Kau benarkan kasihku Mencintaimu tak mengenal waktu Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati Mencintaimu tak mengenal ragu Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu Apa yang kurasakan ini Persembahan untuk dirimu Kau dengarkan kasihku Mencintaimu tak mengenal waktu Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati Mencintaimu tak mengenal ragu Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu