Perempuan susahkan perempuan
Hari ni aku nak membebel dan orang perempuan ialah pakar mahir dalam kerjaya ini. Padi tadi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat seawal jam 6.30 pagi, seperti biasa, aku mendengar siaran di RADIO IKIM.FM . Aku suka sangat segment yang bermula pukul 6.30 pagi hingga 6.45 pagi ni. Segment ini diterbitkan oleh Saudara Mahadzir dan dikendalikan oleh Ustaz Zahazan Mohamad (kalau ejaan nama beliau salah, sila maklumkan). Topik yang disampaikan pagi tadi memang amat relevan kepada suami-suami dan isteri-isteri juga ibu bapa dan mentua sekalian alam. Beliau menceritakan satu kisah (daripada satu fatwa yang telah diluluskan oleh sebuah negara Islam). Seorang suami telah diminta oleh ibunya agar menceraikan isteri yang mahu berpindah ke rumah lain. Sebelum ini semenjak kahwin, si isteri telah tinggal bersama mentuanya sehinggalah mereka dikurniai beberapa orang anak. Si isteri yang bekerja dan selama ini telah menabur bakti membantu menyara mentua dan keluarga suami telah meminta agar me...