Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2007

Kenapa banyak nama?

Kenapa saya ada banyak nama pena? Saya sering menerima soalan ini daripada rakan-rakan dan khalayak pembaca. Sebelum ini saya pernah menjelaskannya dalam entri-entri terdahulu, tetapi memandangkan dengan kemunculan Akademi Gemilang, persoalan ini harus diberikan penjelasan sewajarnya sekali lagi. Dalam novel Sofi (1997), saya menggunakan nama pena Haniza Ismail. Memandangkan ini merupakan novel sulung, saya masih hingusan. Lantaran novel ini terbit tanpa pengetahuan saya. Jadi penggunaan nama pena tersebut dibuat di luar persetujuan dan pengetahuan saya. Dalam novel Segalanya Cinta (2002), saya menggunakan nama pena Norhanizah Ismail, yang juga merupakan nama penuh saya. Dalam kes ini, penerbit (NHMedia) menetapkan tidak mahu menggunakan nama samaran (pseudonym). Sementelah, saya masih lagi hingusan dalam dunia penulisan, saya akur. Dalam novel Sebenarnya Cinta (2004), baharulah nama pena Izza Aripin dilahirkan. Ketika ini saya sudah semakin yakin dan tahu apa yang saya mahu. Saya p...

Komen KDC - Wan Amalyn

Sudah lebih sebulan KDC berada di pasaran. Bermacam-macam maklum balas yang saya terima. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat daripada pembaca demi meningkatkan mutu penulisan saya. Berikut ialah komen daripada rakan pembaca yang sempat saya kutip daripada blog beliau: Kata Wan Amalyn Nurjia ~ dia mendambakan cinta dalam perkahwinannya. Namun dia tidak sanggup mengambil risiko hidup dalam 'buangan' menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga walaupun tiada perasaan cinta terhadap lelaki itu. Ryan ~ dia tidak perlukan cinta dalam hidupnya. Dia impikan taraf Donald Trump dan perkahwinannya adalah satu 'transaksi perniagaan' dan peluang keemasan untuk dia melebarkan sayap serta meluaskan empayar perniagaannya. Mereka disatukan dalam satu ikatan ~ perkahwinan. Dalam mengharungi hidup berumahtangga, pelbagai onak dan duri terpaksa dihadapi. Apatah lagi Gia yang terlalu mendambakan cinta dalam perkahwinannya tidak mungkin dapat dikecapinya denga...

Hari Terakhir Pesta Buku 2007

Imej
Seawal jam 10.30 pagi aku dah sampai ke PWTC. Hari terakhir pesta, aku dapat duty baru iaitu di gerai PTS bagi mempromosikan AG dan juga novel-novel remaja terbitan PTS One yang lain. Pada mulanya kekok juga sebab aku biasa buat promosi untuk buku dan majalah separa ilmiah. Kaku jugak lah apda mulanya. Mujur ada Ann, Mazlia dan Ida yang sudi tunjuk ajar. Aku di situ tak lama. Pukul 1.30 tengah hari, aku terpaksa mengundurkan diri kerana terpaksa pulang awal, ada tamu nak datang. Waktu aku lepak sebentar di gerai Karnadya, hubby aku sms kata sepupunya tak jadi datang. Apa lagi, melompat kijang lah aku kat situ. Boleh bertapa di pesta hingga ke petang. Tengah hari tu aku lunch bersama Norra Hassan. Baru nak menyuap sesudu dua, tiba-tiba aku teringkatkan seseorang yang sepatutnya aku jumpa hari itu, tapi aku terlupa. Lalu aku pun mendail nombor hp pakcik sekor ni. Ginilah gaya perbualan kami: Aku: "Awak kat mana? Pokcik Wawa: "Saya sedang minum. "Aku : Saya pun minum juga....