Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2007

PhD

Phd...pencapaian sijil akademik paling tinggi setakat ini. Bangga kalau di depan nama kita ada perkataan "Dr". Semua orang akan pandang tinggi akan kebijaksanaan kita menjadi cendekiawan. Orang Melayu ramai yang ada PhD dan bekerja di universiti-universiti tempatan. Digeruni dan dihormati sebagai cikgu paling besar antara sekolah-sekolah. Malah di Malaysia ni, dalam konteks dunia Melayu, bukan setakat di IPT saja yang ada Phd. Malah kat mana-mana memang ada PhD. Tak kira di kampung atau di kota. Di pejabat atau di rumah. Di kedai kopi atau di masjid. Di kalangan sahabat handai atau di kalangan saudara mara. Di kalangan rakan sekerja atau di kalangan rakan sekolah. Orang yang ada Phd memang banyak. Disebabkan ada PhD jenis ini, orang Melayu susah nak maju. Asyik suka tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Asyik nak memandang rendah akan kebolehan bangsa sendiri. Asyik iri hati dengan kejayaan orang lain tanpa mahu mengubah nasib diri sendiri. Asyik mencemuh peluang dan kele...

Exam oh exam

Tahun ni aku sambut tahun baru dengan persiapan untuk exam (panjang sangat kalau nak tulis peperiksaan). Sabtu dan Ahad ni aku ada dua paper untuk dikerjakan - Marketing Management dan Managerial Economics. Err...seramnya aku dengan paper nombor dua tuh (dah dua kali amik. Kali pertama aku drop sebab takut..wekhkehkeh). Maka demi menjiwai exam ini aku menghibernasikan diri di library kampus sejak tiga hari yang lalu. Kali ni mengantuk tahap dewa plak tuh. Mungkin sebab aku minum ubat batuk - sebab batuk tau, bukan sebab lain. Bila mula mengantuk aje, aku pun pindah tempat depan PC. Maknanya, aku bukan study , tapi mengular ke laman blog dan berYM. Dari satu blog ke satu blog aku masuk. Blog yang tak pernah aku masuk pun, aku masuk. Jadi janganlah terkejut tetiba bila ada nama aku dan nama itu di blog-blog kalian. Aku memang killing time sebab nak bunuh rasa mengantuk yang bagai mengacah-ngacah tumpuan aku yang tahap dewa nak lulus exam nih! Bukan setakat nak lulus gitu-gitu aje, ta...

Recap 2006

Begitu pantas masa berlalu, begitu cepat waktu berjalan. Kawan aku kata kalau kita terasa seperti begitu cepat masa berlalu, maknanya kita memang memanfaatkan masa sepenuhnya. Aku harap-harap begitulah. Disebabkan tak lama lagi 2006 akan kita tinggalkan, aku nak recap apa yang dah berlaku sepanjang tahun ini. Bermula aje tahun 2006, azam pertama yang aku pernah fikirkan pada tahun 2005 dahulu akhirnya tercapai. Aku berjaya menjadi pelajar semula untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Sehingga hujung tahun ni, aku still standing walaupun pelbagai cabaran aku terpaksa harungi semata-mata nak dapatkan segulung ijazah sekali lagi. Melangkah ke penghujung bulan Mac, novel keempat aku dan pertama kali dengan Kaki Novel berjudul ...dan mimpi pun bersatu berjaya memasuki pasaran - semasa Pesta Buku Antarabangsa 2006. Ditakdirkan pada tahun ini penjualan novel-novel cinta jatuh 33%. Jadi semuanya bergerak agak lembab. Patah semangat seminit. Namun perjuangan harus diteruskan! Tiba ...