Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2006

Aidil Fitri yang ku idamkan

Imej
Minggu depan dah raya. Lagu raya pula semakin rancak berkumandang di corong radio tak kira masa. Tak cukup dengan itu, di pejabat, ada pula MP3 lagu raya kedengaran melalui speaker PC. Meriah sungguh! Dalam konti radio pun ada lampu lip lap lip lap dan lampu ketupat. Bila dengar lagu raya, serta-merta ingatan aku diputar mengingati raya sewaktu zaman kanak-kanak. Masa tu, raya mengandungi sejuta makna. Walaupun tak pernah berjaya puasa penuh (masa sekolah rendah), raya tetap raya. Berjalan dari rumah ke rumah mengutip duit raya. 50 sen dikira mewah. Kalau satu ringgit pula sudah dikira super mewah. Kesempatan berhari raya ke rumah jiran-jiran (kebanyakannya aku tak kenal, main masuk ajer rumah sapa), aku manfaatkan dengan memerhati gaya kehidupan mereka. Kawasan rumah aku dulu (sebuah kampung Melayu yang dah tak wujud lagi akibat pembangunan) terletak bersebelahan dengan perumahan kawasan elit di atas bukit. Jadi dapatlah beraya di rumah-rumah gadang yang punya pagar tinggi. Waktu itu ...

Iftar di Cozy House

Imej
Semalam iftar di Cozy House, Great Eastern Mall tajaan bos Kaki Novel. Aku sampai setengah jam sebelum berbuka. Itu pun nyaris tak sampai sebab aku bengang ngan driver. Pertama kali jejak kaki kat situ, hilang arah sekejap aku. Tapi nasib baik bos bagi direction. Bila aku sampai, kak Wi dengan pasukannya dah tiba. Kak Puteri, bos KN dan beberapa orang kenalan dia pun dah sampai. Carrie sampai tak lama lepas tu. Cuma batang idung Izzul dan pasukannya saja yang tak tiba lagi. Full house! Sampai nak duduk pun belaga kerusi...ekekeke. Rupa-rupanya Erra ngan Yusri pun ada kat situ. Erhemm...nak berbaik ke? Alhamdulillah. Bulan baik, niat baik pasti akan diberkati oleh Allah. Kami mendoakan yang terbaik buat kalian berdua. Amin. Kalau masa zaman kat uni dulu, pasti Yusri tuh dah lama aku serbu, minta autograph ngan bergambar. Tapi la ni...dah tua sket. Zaman seronok-seronok ala gitu-gitu Apek dah lama berlalu. Berbalik kepada iftar tajaan bos KN tadi, lauk yang dipesan tiba satu persatu hing...

Pasta

Imej
Aku memang suka makan...pasta dan mi. Kali ini aku nak bercerita mengenai pasta. Sejak bila aku mula meminati pasta...entah. Aku sendiri tak ingat. Pasta yang mula-mula aku kenali ialah makaroni. Mak aku selalu goreng dan buat sup. Kemudian aku pandai-pandai belajar makan spageti. Marco Polo telah dikatakan memperkenalkan pasta ke Itali selepas pelayaran beliau ke negeri China. Orang-orang Cina memang sudah tahu membuat mi sejak dahulu lagi. Ada juga lagenda yang mengatakan bahawa seorang pelayar Itali telah meminta perempuan simpanannya yang berasal daripada China untuk mengajar cara membuat mi. Malangnya mi yang dibuat menjadi lebar sehinggalah lahirnya pasta. Betul atau tidak, ini hanya lagenda. Pasta dimasak dengan cara merebus air sehingga mendidih. Masukkan pasta sehingga tenggelam dan kacau sentiasa agar tidak melekat. Ada petua mengatakan titikkan sedikit minyak zaitun atau minyak sawit ke dalam air. Masak pasta sehingga al dente. Maknanya jangan terlalu masak sehingga lem...