Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2006

Komen DMPB - Forum Buku

Berikut ialah komen yang terpapar di blog forumbuku mengenai novel ...dan mimpi pun bersatu . Sekiranya anda ingin turut serta dalam forum ini, jemputlah ke sana. ... dan mimpi pun bersatu, hasil tulisan Izza Aripin keluaran Kaki Novel. Mengisahkan cerita tentang Tengku Iskandar dan Anne di dalam melayari bahtera kehidupan berumah tangga mereka. Tengku Iskandar adalah seorang pemerintah kerajaan Dhiyapura. Manakala Anne pula adalah pewaris kalung Tun Fatimah. Tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang Novel ini, kerana saya percaya kalian sudah pun mendapatkannya di pasaran. Tajuk Forum:- Yang mana satu kah lebih meninggalkan kesan? Cerita yang bercorak fairy tale atau pun cerita yang bercorak ilmiah. Wajarkah kita biarkan dunia penulisan dan dunia novel ini dipenuhi dengan kisah cinta semata-mata. Tidak kah ini dikatakan cerita stereotype? Marilah kita kupaskan bersama-sama tajuk forum ini ya... Apa kata forum buku? Bagi saya, jika ingin menulis atau menghasilkan sesuatu karya ...

Pengembaraan menuntut keadilan 2

Perjuangan untuk mendapatkan keadilan untuk rumah tak siap aku tuh sebenarnya dah sejuk bila aku dapat tahu yang walaupun boleh cancel S&P dengan pemaju, duit yang dah dilaburkan tu tak akan dapat balik. Tetapi...semangat itu kembali memuncak apabila ada fellow forumer - preacher bagitau aku, memang buleh dapat balik duit walaupun tak sepenuhnya. Oleh itu, hari sabtu ni aku akan ke HBA untuk bertanyakan hal ini sebelum membuat permohonan ke tribunal untuk membatalkan perjanjian penjualan. Butir-butirnya seperti berikut: TARIKH : 22 JULAI 2006 MASA : 1.00 TENGAH HARI TEMPAT : NATIONAL HOME BUYER ASSOCIATION, NO. 31, LEVEL 3, JALAN BARAT OFF JALAN IMBI p/s: wabbit, sila hadir kalau nak duwit ko balik...ngeheheh!

Alexander vs Arthur (from the epic movie)

Last nite, I stay up late to watch Alexander (Colin Farrel). Two nights before that, I stay up late also to watch King Arthur (dunno the actor's name but know Guinnevere by Kiera Knightley). So, what's Alexander vs King Arthur? Both are great kings. The first one, wanted to be the King of Asia. He succeed, to some extent. Arthur united his people and formed a great kingdom. Alexander, the conqueror. Arthur, the freeedom fighter. This is my view from the movie. I'm not yet looking deeply into the history of both men. Since I was in IIU, my passion for ancient/medieval history has made me to think a lot about changing my course. From communication to history. But I did not make such moves because thinking about job prospect at that time. If this country give enough opportunity to Indiana Jones-Lara Croft wanna be, then I will make such moves. Back in IIUM, there's one lecture...Bogdan Kopanski, a Turkish resides in Texas, USA. He made me fall in love with history every mi...

Pengembaraan menuntut keadilan - episod 1

Hari ni aku akan memulakan satu episod pengembaraan. Ala-ala enovel, tapi ni kisah benar iaitu kisah aku dalam memperjuangkan keadilan sebagai salah seorang pembeli rumah yang teraniaya. Episod 1 Hari ni aku dan hubby ku ke Tribunal Tuntutan Perumahan. Kononnya nak buat aduan, tapi kami silap tempat. Maklumlah perkara ini baru lagi. Kami diarahkan untuk memfailkan aduan ke bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pejabatnya di Pusat Bandar Damansara, tak jauh dari tribunal tuh. Sebaik tiba di sana, aku pun mengisi borang kaler biru. Dalam ruangan aduan aku tulis: Projek rumah terbengkalai. Malas nak elaborate panjang-panjang macam karangan. Aku pasti pegawai-pegawai di situ dah sedia maklum apa masalah aku sebaik saja mereka lihat nama pemaju yang aku namakan dalam borang aduan itu. Selesai membuat aduan, kami berpatah balik ke tribunal untuk mendapatkan maklumat. Maklumlah kami ni memang tak tahu apa-apa. Walaupun sehari suntuk semalaman aku ...

Sepetang di pejabat Tun Dr. M

Memandangkan sudah dua bulan kami menghantar surat untuk menemu bual beliau, kami menyangka yang beliau tidak punyai masa untuk bertemu dengan kami - wartawan/penulis macam kami. Tapi ternyata sangkaan itu jauh meleset. 48 jam sebelum temu bual sebenar dijadualkan berlangung, kami menerima panggilan daripada pembantu beliau menyatakan yang beliau bersetuju untuk ditemu ramah oleh kami. Seperti yang telah kami jangka, ramai yang mahu mengikut rombongan cik Kiah ke KLCC ini. Antara yang mahu mengikut termasuk mereka yang tidak berkenaan langsung. Ada ke patut? Eceh...bukannya apa cuma kami pergi atas alasan rasmi. Tak perlulah escort satu team macam team bola pula. Mentang-mentanglah tengah demam Piala Dunia. Nak ke pejabat Tun pun mesti turun kesebelasan utama ke? Pada petang yang telah ditetapkan, kami berlima - editor, penyelidik, jurugambar, jurukamera video dan pemandu bergerak meninggalkan markas untuk menuju ke menara berkembar dengan semangat yang berkobar-kobar hatta Jalur Gemil...