Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2006

Phew! Lega rasanya....

Akhirnya debaran berakhir jua. Berjaya juga aku ke udara dengan selamat tanpa terpaksa terjun dengan payung yang tak terbuka. Phew! Aku harap input yang diberi dapat dimanfaatkan bersama. Apa-apa kekurangan, aku mohon ampun. Sebenarnya banyak yang aku nak perkatakan tadi. Tapi disebabkan perasaan gabra dan cuak terlalu menguasai diri, aku jadi kaku dan terpaku. Bila dengar balik suara aku tadi, rasa kembang aje telinga. Macam chipmunk pun ada...wakakakakakakak. Walau apa pun, input yang aku berikan tadi adalah atas dasar keperluan rasmi - tugas hakiki sebagai Penyunting di tempat kerja ku dan bukan sebagai seorang penulis novel. Phew....ada komen? Ekekekekekeke.... Kepada sesiapa yang tak sempat mendengar, bolehlah ke blog Ombak Senja untuk mendapatkan sedikit ulasan.

Lupakan gula

Selepas krisis minyak - kenaikan harga minyak, negara dilanda masalah kekurangan gula pula. Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaacob cadangkan supaya pulaukan gula. Aku sokong! Apa salahnya hidup tanpa gula. Rasanya tak menjejaskan apa-apa. Kalau hidup tanpa garam, memang susah. Lagipun baik untuk kesihatan sekiranya pengambilan gula dikurangkan. Kalau nak sangat manis, gunalah madu. Ataupun letak bawang besar dalam masakan. Ini biasa aku buat. Sebab aku masak memang jarang letak gula kecuali masak sambal. Ataupun mungkin ada alternatif lain yang boleh menggantikan gula. Habis kisah gula, aku nak kisahkan sesuatu yang telah membuatkan aku marah sesangat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sekarang ni kan musim piala dunia. Jadi kat TV dan radio macam-macam promosi piala dunia termasuk peraduan sms. Ada satu syarikat telekomunikasi ni, ***** yang telah berkerjasama dengan satu syarikat pembekal isi (content provider) untuk telefon bimbit yang berpejabat di Jalan A***** iaitu...

Down the memory lane....episode 1

Minggu ini merupakan minggu paling sibuk di rumah. Mujur di pejabat tidaklah sesibuk seperti yang sepatutnya. Memandangkan si panjang suruh mind our own business, jadi sifat tolong-menolong dan saling bekerjasama anak-anak kapal sudah tidak lagi diamalkan. Maka bertempiaranlah anak-anak kapal membuat kerja masing-masing tanpa perlu mempedulikan kalau-kalau ada sesiapa yang tergolek di hadapan mata. Hm...dah melalut sikit. Aku bukan nak cakap pasal hal itu. Berbalik kepada kesibukan aku di rumah, semuanya berpunca daripada kerajinan suami ku yang sememangnya rajin (baguslah tu, aku malas, dia rajin. Tak ke seimbang...kehkehkehkeh). Tiap-tiap hari dia suruh aku kidnap kotak dari opis. Katanya nak kemas rumah. Maklumlah, rumah kecil, tapi barang banyak. Kebanyakan barang-barang aku yang punya - koleksi semenjak di bangku sekolah menengah hingga ke menara gading. Hampir tiap-tiap hari, ada saja barang-barang yang membuat aku tersenyum sendirian. Terbayang kisah lalu yang pernah berlaku pad...