Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2006

Terperangkap dalam cerita

Pernah tak kalian terperangkap dalam cerita yang kalian tontoni atau novel yang kalian telah baca? Aku pernah. Berkali-kali pernah terutamanya setelah selesai membaca novel atau semasa mengarang novel. Dahulu sewaktu sedang menghabiskan ...dan mimpi pun bersatu, aku 'terperangkap' dengan Zarul. Kemudian aku membaca Hatiku di Harajuku karangan Ramlee Awang Mursyid. Terperangkap pula aku di negara matahari terbit hinggakan terngiang-ngiang bunyi dentingan pedang samurai. Malah setiap filem/kartun Jepun yang ditayangkan di TV telah mula menjadi perhatian ku. Kini, aku terperangkap pula di Turki tahun 1765 Masihi dalam Aylana karya salah seorang penulis kegemaran ku dari kota Singa, Manaf Hamzah. Terbayang jelas di minda ku zaman itu, kapal dagang berlayar di lautan luas, kegiatan lanun dan pengembaraan. Secara kebetulan, aku memang meminati cerita/filem yang berunsurkan pengembaraan, lanun dan kapal layar. Lantas The Pirates of Carribean (camni ke eja tempat tuh? ekekekek...

Konon...

Konon tak nak buat entri baru sebab nak concentrate study. Konon nak study, buku pun tak pegang lagi. Konon nak buat assignment, baru pegang bahan rujukan, dah kena tolak ke tepi. Konon nak prepare awal-awal, tapi masa dan tinggal seminggu lebih saja lagi, revision tak mula pun. Apalah aku ni asyik konon-konon aje. Masa ambil degree dulu, konon-konon ni tak ler separah ini. Konon-konon pun masih boleh serius. La ni, konon-konon nak ambil masters, tapi main-main. Huwaaaa!!! Somebody please knock my head!!! Sememangnya aku tak pernah serius apabila melakukan sesuatu rancangan. Bila aku serius, mesti sesuatu berlaku dan membantutkan usaha serta rancangan aku yang maha serius tadi. Jadi, kesimpulannya, buat main-main. Kalau tak menjadi, tak ler sakit hati sangat sebab main-main. Cuma aku seirus tentang perkara-perkara ini. Aku serius bila orang main-main dengan kredibiliti dan integriti. Aku serius bila orang berilmu berfikiran sempit. Aku serius bila orang bercakap tak bertapis. Aku seriu...

Demam pesta buku...24 Mac - 2 April 2006

Aku demam!!! Pesta buku punya pasal. Hari ni aku rasa letih sesangat. Nak cuti tapi tak boleh sebab ada IQA...huwaaaa!!! Nak recap sepanjang 10 hari berpesta dengan buku di PWTC. 23 Mac Khamis Lepas lunch terus bersiap-siap untuk ke PWTC untuk menghantar stok buku-buku yang akan dijual. Lewat petang baru selesai punggah-memunggah dan susun- menyusun. Selepas itu pergi beli KFC melantak bersama kru penerbitan dan kru program kat kabin. Kenyang! 24 Mac Jumaat Hari pertama bertugas (rasmi). Seawal 9.30 pagi kami sudah sampai. Sewaktu melalui booth Fajar Pakeer di Hall 1, jantung ku berdegup pantas ketika sepasang mata ku terpandang ...dan mimpi pun bersatu tersusun di atas rak. Rakan sepejabat sudah mula mengusik dan tersenyum meleret, perli dan cemburu lah tuh...ekekeke.Satu kejutan juga bila CarrieKirana datang menjenguk ke booth majikan ku. Tak sangka akhirnya dapat juga kita berkenalan. Terserempak dengan kak Em dan kak Noorsuraya. Tapi tak sempat hendak berbual panjang.Aku dap...