Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Doa-doa selepas solat fardhu

Imej
AKU selalu rujuk satu website bila setiap kali nak baca doa selepas solat fardhu. Malanglah iklan-iklan affiliate dalam website tu ada yang tak mesra mata. Dah la lepas solat, tengah baca doa, tiba-tiba keluar iklan yang mencolok mata (jenama pakaian, pakaian wanita). Mujur aku perempuan. Tak adalah dosa mata sangat...hahaha. Tapi still la kan... tercemar juga pandangan mata. Jadi aku ambil inisiatif salin doa tu letak kat blog sendiri yang tak ada iklan affiliate ni. Jadi selamat pandangan mata. Menurut website berkenaan, kesemua doa ini sesuai dibaca oleh para imam, tak sesuai dibacakan secara individu. Jika tengok kata ganti nama diri dalam doa, memang guna orang ketiga. Tapi tak salah kalau kita yang nak baca. Melainkan ayat al-Quran, yang mesti dibaca dengan betul dari segi sebutan dan makhraj. Terjemahan doa aku betulkan dari segi tatabahasa tanpa mengubah makna asal dalam bahasa Arab. Maklumlah, editor. Tak boleh elak nak edit aje kerjanya.  Dengan nama Allah yang Maha Peng...

Resepi Shell Out

Imej
Dah buat banyak kali. Tapi tak sempat nak buat entri kat blog. Thaqif panggil menu ni MAKAN MEWAH... hahaha. Mana tak mewah... selambak seafood depan mata. Bukannya selalu pun makan shell out. Kos tinggi. Kalau makan kat luar, lagilah mahal. Portion pun sikit. Bila masak sendiri, portion banyak. Harga seafood boleh control sendiri. Cari kat pasar borong. Menu ni ada banyak versi. Aku dah cuba beberapa versi. Tapi yang dekat kat lidah ialah versi Kak Azlita Aziz . Tapi aku tweak sikit la ikut rasa tekak sendiri. Jom start masak! Bahan-bahan utama: Haiwan laut ~ sotong, udang, ketam, pepahat, lala (dan yang lain-lain ikut selera. Tapi aku selalu guna haiwan ni saja. Senang nak cari) Sayur: Jagung tongkol (bukan anak jagung) ~ potong 3 Lemon ~ hiris bulat (aku tambah) Bunga kobis ~ potong kecil Brokoli ~ potong kecil Karot ~ hiris bulat Kentang ~ potong wedges (tak letak) Green pea (aku tambah) Brokoli (aku tambah) Bahan perap: Sedikit lada hitam ~ tumbuk kasar Ku...