Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Oden ala Family Mart

Imej
Selalu sangat nak pegi Family Mart semata-mata nak makan Oden.... haish.... memang rabak poket. Sekali pergi aje, mesti 3 bowl wajib. Tu belum campur green tea ice cream, cheese ice cream lagi. Belum campur onagiri... susu pisang... susu melon. Puluh-puluh RM juga lebur sekali lawatan sambil belajar ke situ. One day.... ala-ala pada suatu hari, aku terjumpa posting FB pasal home made Oden. Tak susah aje pun nak membuatnya. Yang susah nak cari bekalan pes asam pedas Adabi. Tetiba aje, lepas aku jumpa resepi ni, pes tu dah susah nak cari. Semua market aku pergi... you name it... Speedmart, AEON Big, Jaya Grocer, Tesco, Giant.... kedai Acheh kat Seksyen 5 BMC pun aku redah. Memang tak de. Kalau ada pun, tinggal sepeket dua which aku tibai semuanya. Terpaksalah improvised resepi ni guna paste asam pedas jenama lain. Okelah juga. Ada rasa Oden. Akhirnya, aku berjaya juga borong pes asam pedas Adabi. Beli kat SACC Mall. Kat supermarket bawah tu... apa tah namanya. Lupa plak. Tu pun se...

Talam Tokyo

Imej
Nak kata aku ni penggemar kuih talam... tak juga. Cuma kalau ada, aku makanlah. Lagipun jiran aku jual kuih talam. Kalau nak, order aje dengan dia. Mudah. Tapi entah kenapa tetiba aje terbuka hati aku nak belajar buat kuih talam. Lalu aku pun pergilah kelas masak kat Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), kat sebelah Giant Saujana Impian tu. Masa tu belajar talam seri muka, talam ubi dan talam kole kacang. Talam ubi tu taubat nasuha aku tak nak buat. Tak ada tenaga nak mengacau ubi tu nanti. Lagipun tangan kanan aku ni kan dah masuk workshop. Mana boleh kerja keras macam nak bancuh simen tu...huhuhu. Kiranya tak la susah mana nak buat kuih talam ni once kita dah tau teknik. Resepi pun penting. Kalau ikut pengalaman aku, setakat nak masak lauk harian dan kuih muih Melayu yang tak terlalu teknikal, maka boleh aje guna resepi kat blog. Tak pun tengok video kat Youtube untuk mudah faham. Kadang-kadang, dengan membaca ni, kita tak dapat imagine cemana gaya nak menggayakan senduk tu kan? Me...

Tteokbokki

Imej
Ini satu lagi makanan kegilaan anak-anak aku selaim kimchi. Dah dua-dua anak dara aku peminat TBS eh... BTS... maka segala mak nenek makanan Korea nak dicuba. Aku pula lebih kepada Anime Jepun. Maka segala mak nenek makanan Jepun aku suka. Mujur anak-anak aku jenis telan aje apa mak dia sumbat. Mudah nak bawa ke majlis. Tak memilih gitu. Tak la kecik ati tuan rumah nanti bila anak-anak kita memilih makan. Walau kadang-kadang kat rumah ni, memilih juga bila menu tak kena tekak dorang. Tapi aku sound bertepek-tepek. Bab-bab meleter ni aku memang dah champion tahap giga. Lagipun aku tak suka dorang merungut pasal makanan. Mulalah aku bersyarah, orang kat Afrika sana, makan tanah, batu. Kita kat sini, makanan dibuang-buang. Dah selalu aku sumbat makanan mahal-mahal. Apa salahnya sekali sekala makan ikan kering cicah sambal belacan. Uish... bagi aku sedap sangat dah menu tu. Tambah nasi 2-3 kali. Budak-budak ni kalau menu tak kena anak tekak, mulalah nak masak rameon/ramyun. Mi seger...