Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Srikandi vs Arjuna....revealed

Imej
Saya persembahkan buah tangan terbaharu tahun ini, Srikandi vs Arjuna . Srikandi vs Arjuna~Izza Aripin Penerbit: Alaf21 Harga: MYR17.00 Beli dan dapatkan tandatangan penulis Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan. Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih itu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu. Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rah...

Keraian berganda

Imej
Ahad ni aku buat majlis pembukaan rasmi kedai The Kids Locker . Akhirnya....buat juga. Sebab dalam rancangan asal memang tak ada memandangkan bajet ketat. Tapi ada rezeki sikit, buatlah doa selamat moga murah rezeki kami. Tadi plak aku tengok kat wall A21, promo novel baharu aku dah keluar. Gembira tak terhingga. Sebab tu dalam minggu ni ada sambutan berganda.

The Kids Locker

Imej
Dulu aku ada masalah fasal brand name syarikat, daripada FUKUKIDS WORLD kepada THE KIDS LOCKER. Hari ni aku ada masalah fasal nama syarikat pula, NOVEL CAFE. Tadi aku pergi SSM konon-kononnya nak tambah maklumat syarikat sebab dalam sijil asal tak ada pun nature bisnes yang aku jalankan. Alkisah, pegawai kaunter tu cakap, nama NOVEL CAFE tu hanya untuk kafe semata-mata dan tak boleh nak guna untuk jenis perniagaan lain. Maknanya mereka ni ikut makna secara harafiahlah yer. Bukan semantik atau anafora atau metafora hatta mistik sekali pun? Tapi mengapa nama Cyber Cafe boleh padahal mana ada semua pusat kafe siber menjual makanan dan minuman untuk patronnya. Macam tak adil je kan? Maka kenalah aku mendaftar syarikat baharu dengan nama yang lain. Kelam-kabut aku cari idea dalam waktu yang singkat. Thaqif pula mula dah mengamuk nak beli aiskrim dan tengok LRT Putra lalu kat luar bangunan. Jadi aku call hubby aku tanya. Dia suruh bubuh aje nama kedai. Aku pun malas nak fikir panjang,...

Penat

Imej
The Kids Locker, dua dari kiri. Nampak tak baju-baju yang bergantungan tu? Hari ini selepas beberapa bulan, aku terasa penat sangat. Walaupun semalam aku menerima dua berita yang begitu menggembirakan, tapi kalau dah penat, memang tak larat langsung dibuatnya. Minggu lepas, dapat kunci kedai. Maka berhempas pulas aku memikul barang-barang naik ke atas kedai tiga hari berturut-turut. Mau turun 3kg lagi...hahaha. Bukan itu saja. Aku penat juga ke hulu ke hilir mengambil stok buku yang dipesan. Alhamdulillah, Novel Kafe mendapat pesanan buku yang bertimbun-timbun semenjak pesta buku yang lepas. Kemudian sibuk pula uruskan hal kedai sana sini. Ulang-alik ke pejabat pos. Semalam aku terima 2 naskhah Mufin Manja versi terjemahan dalam bahasa Indonesia. Kemudian editor A21 telefon beritahu yang novel aku ditukar tajuk kepada ehem ehem ehem. Tak boleh announce dulu. Kut-kut ada pihak tertentu yang Google tajuk tu dan link terus ke blog rahsia aku ni, buat naya aje...hahaha. Tajuk no...

Mufin Manja versi bahasa Indonesia

Imej
Versi asal~Malaysia Versi terjemahan~Indonesia Bagi saya, kedua-dua cover novel ini sungguh menyelerakan! Bangga, terharu dan gembira apabila menerima naskhah hadiah novel cilik Mufin Manja daripada penerbit siang tadi. Rasa bagai bersemangat mahu menghasilkan lebih banyak genre yang serupa. Insya-Allah akan diusahakan. Idea sudah mengepung minda, hanya menanti akan saat dicernakan dan diterjemahkan dalam bentuk manuskrip. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang amat singkat!