Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Misi Raksasa Dinosaur di Farmville, Sg. Besar

Imej
Esok kami akan ke Kampung Parit Satu Barat, Sg Besar, Sabak Bernam bagi mengadakan program pelajar  bersama masyarakat. Antara aktiviti utama ialah melawat dan mengagihkan sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim dan fakir miskin serta berbuka puasa bersama mereka. Pada sebelah malam, sembahyang Qiamulail akan diadakan. Petang ni aku berdesup balik Bagan Datoh ngan family. Esok, dari sana aku akan berdesup turun ke Sg. Besar. Bawa Aliyah dan Nurin sekali. Moga program ni dapat memberikan pendedahan terbaik kepada mereka mengenai kehidupan orang yang yang dhaif dan tidak mempunyai ibu bapa. Program seumpama ni akan diteruskan dari semasa ke semasa. Walau tak dapat nak membantu banyak, sekurang-kurangnya perhatian yang kita berikan pun sudah memadai.

Makan Place: Bagan Nakhoda Omar

Imej
14 tahun aku ulang alik dari KL ke Bagan Datuk, tempat ni memang tak selalu aku singgah. Pertamanya sebab aku tak tahu tempat ni wujud. Kedua, En. Ipin ni pengulir (bahasa Banjar yang bermaksud malas) sikit bab-bab nak menyinggah. Kalu aku tak veto, memang tak singgah la...hahahah First time aku jejak sini, kawan sekerja yang bawa. Masa tu kami buat lawatan ke tapak projek yang dekat dengan tempat ni. Makanan paling femes ialah udang kertas besar goreng tepung. Perghhh...memang terbaiklah. Rangup! Udangnya fresh dari laut. kat pantai ni tak boleh mandi sebab berlumpur dan berselut inilah dia udang goreng tepung yang sangat super ohsem mabelessss mi udang Uniknya kat sini, apa-apa saja jenis menu, mestia da udang. Contohnya macam makanan ni, Nasi Ayam Udang udangggggg.... Ada satu lagi menu, udang goreng cili api (bukan tumbuk tapi potong-potong). Perghhh.,...aku ratah aje. Sampai tak sempat nak amik gambo. Selain menu udang, ada juga kerang bakar. Sos cilinya s...

Cegah H1N1 (Selsema Babi)

Imej
Aku terima SMS daripada adik. Dia dapat sms daripada kawan-kawan dia. Kira macam SMS berantai. Kandungan SMS tu berkenaan dengan cara mencegah H1N1. "Kalau hadapi simptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, dan sakit tekak, mungkin anda mengidapi H1N1. Minum susu dan buah. Makan makanan yang dibuat daripada buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom-atom H1N1--HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR." Kemudian aku ada terima emel, pasal H1N1 juga. "Jika dijangkiti H1N1, rendam kurma di dalam air kelapa selama 1 hingga 2 jam. kemudian minum air kelapa dan makan kurma tersebut." Insya-Allah. Kita berikhtiar, moga Allah menyembuhkan.

Kompilasi Nopen

Alhamdulillah. Beberapa jam lepas, Karnadya berikan lampu hijau bagi penerbitan kompilasi nopen yang saya hantar dulu. Jika tiada aral melintang, kompilasi nopen itu akan diterbitkan pada bulan Oktober nanti. Nampaknya tercapai jua sasaran saya menerbitkan empat karya tahun ini. Masing-masing satu dengan Kaki Novel dan Karnadya, dan dua dengan PTS (PTS One dan PTS profesional). Tahun depan bagaimana pula ya? Beli koleksi nopen di Karnadya Online Store secara online.

Berkebun sambil bekerja

Tak ramai antara kita yang punya masa senggang untuk berkebun. Dulu aku rajin gak bela pokok bunga. Tapi disebabkan masa tak cukup banyak, semua pokok habis mati. Mujur laki aku suka berkebun. Sekarang ni dia pula take over kerja-kerja tukang kebun kat kebun bunga sekangkang kera kat depan umah aku.  Ada pokok rozelle, pandan, cekur, kunyit, bunga keembong dan gelingau (tak tau dlm BM/BI nama pokok ni). Orang Jawa selalu guna untuk buat gelang tangan baby baru lahir. Kononnya nak jauhkan benda-benda halus. Bau dia sedap, refreshing .  Walaupun aku dah tak ada masa nak berkebun di rumah, tak bermaksud aku tinggalkan terus aktiviti tu. Di pejabat, bila ada waktu senggang, aku akan berkebun. Banyak dah kebun aku. Kebun Barn Buddy, Farmville, Sunshine Ranch, Farm Pals...itupun ada juga orang ajak buka kebun lain. Tak larat aku plak. Lagipun aku tengah busy dengan kehidupan maya di Yoville dalam FB aku yang satu lagi)...mueheheheh. Berapa banyak akaun daaaa.... Sebenarnya aku ta...