Hospital mana?
Persoalan yang sudah sekian lama aku tangguhkan daripada dibincangkan oleh diri aku sendiri kini akhirnya terpaksa dijawab. Sampai doktor aku pun pening kepala menanti jawapan aku. Bagi sesetengah orang memang tak susah nak memilih hospital mana yang hendak dijadikan sebagai tempat bersalin. Tapi bagi aku, ini satu persoalan besar. Sebabnya? Sebabnya semenjak minyak naik ni, kena ubah gaya hidup. Kena berjimat cermat dan amalkan perbelanjaan berhemah. Jadi tak bolehlah aku nak bersalin di hospital swasta macam dulu. Baru-baru ni kawan aku dikenakan caj antara RM6000 hingga RM7000 kerana menjalani prosedur C-Section. Tapi yang sorang tuh 70% institut leh cover. Aku? Sapa nak cover? Sendiri jugalah. Makanya terpaksalah memikirkan opsyen kedua iaitu hospital kerajaan. Tang ni aku fobia sket. Bukan sengaja nak mengutuk hospital kerajaan tanpa bukti ya. Tapi aku memang ada bukti sebab kali pertama bersalin memang di hospital kerajaan. Pengalaman paling teruk. Aku sepatutnya saman hospital t...