Me...unemployed
At least for the time being...for four days. Apa aku buat hari ni demi meraikan kebebasan sementara sebagai orang makan gaji? Aku keluar rumah subuh macam nak pergi kerja. Sebab aku kena hantar adik ipar aku pergi inteview kat JPM, Putrajaya. Lepas tu aku singgah di Karnadya House ambil naskhah percuma Biarkan Ku Sendiri . Yup...dah siap cetak dan bakal menemui pembaca selepas raya nanti. Kemudian aku ke Bandar Tun Razak hantar adik ipar aku sebelum aku singgah di KWSP. Cepat sungguh kali ni perkhidmatannya - tidak sampai setengah jam aku tunggu, nombor aku dah naik. Lepas selesai urusan kat situ, aku merayau di sekitar Jalan TAR. Kalau nak feel raya, jalan-jalanlah kat Jalan TAR. Singgah kat Minerva borong sampai tiga biji novel. Lepas tu pergi Bunga Reben cari manik dan berlian. Hajat nak beli langsir siap kat Kamdar tak terlaksana bila satu langsir pun tak menarik perhatian aku. Sudahnya aku borong baju budak-budak. Selesai kat Jalan TAR, aku pergi buat medical check-up. Siap aje, a...