Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

Journey to the east

Imej
Sekali lagi aku mengorak perjalanan menuju ke pantai timur. Kali ini ke Machang, Kelantan. Dan sekali lagi kerana menghantar rombongan pengantin. Kali ini adik bongsu aku - perempuan. Kali terakhir aku ke Kelantan adalah pada tahun 2000 sewaktu menghantar adik kedua aku - juga perempuan- yang berkahwin dengan orang Pasir Putih. Perjalanan kami bermula seawal 7 pagi. Konon nak bertolak jam 3 pagi, tapi tak terjaga sebab penat bekerja pada siang hari masih bersisa. Saat aku paling suka adalah apabila kami tiba di Raub. Lebih kurang pukul 8 pagi. Keadaan pekan Raub masih berkabus. Pengalaman ini mengingatkan aku kepada pekan Tanah Rata di Cameron Highland. Kami sesat masuk ke Kampung Sg Koyan. Sempatlah singgah di stesen minyak Petronas di situ sebelum menyedari yang kami telah sesat jalan. Patutlah jalannya kecil semacam - maklumlah jalan kampung. Sewaktu melalui jalan Kuala Lipis, aku terbayang kemalangan-kemalangan ngeri dan maut yang pernah berlaku di situ. Jalannya memang berbahaya....

Hilang

Pernah hilang barang? Tak kiralah kecil ataupun besar, hilang ataupun diragut. Ahad lepas adik ipar aku mengadu yang handphonenya diragut tatkala dia sedang meronda dengan motosikal di KL pada waktu malam. Sama ada dia merempit ataupun tidak, itu aku tak tau. Tapi yang aku nak cerita ialah fasal handphone kesayangan dia. Disebabkan dia tak ada awek(s), maka handphone itulah awek dia. Ke mana saja dia pergi pasti handphone itu yang menemani. Handphone dia jenama Nokia. Siri apa aku tak ingat. Tapi dia dah upgrade memory kad kepada 1 gig. Macam-mcam MP3, gambar, video clip yang dia simpan. Kira sayang gilalah sampai nak gila dia apabila handphone tu kena ragut dek dua orang penunggang sebuah motor RXZ. Menyumpah sakan dia kat peragut tuh. Perkara utama yang aku nak cerita ialah dia tak boleh lupakan handphone dia. Macam orang dah putus harapan. Macam tak redha. Puas aku cakap, mungkin bukan rezeki dia. Manalah tau lepas ni dia akan dapat yang lebih baik. Berbuih-buih mulut aku membebel n...