Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2007

Virus Varicella

Chickenpox berasal daripada perkataan bahasa English lama " gican " yang bermakna " to itch " atau daripada perkataan Perancis lama "chiche-pois" yang bermaksud kacang kuda, yang menggambarkan saiz lesion (luka chickenpox). Penyakit kulit yang mudah berjangkit ini disebabkan oleh jangkitan virus Varicella. "The varicella virus is an enveloped, double-stranded DNA virus. It attaches to the wall of the cell it invades, and then enters the cell. The virus uncoats and is transported to the nucleus where the viral DNA replicates creating new virions that are eventually released from the cell to infect other cells." Hari ni masuk hari kedua aku dijangkiti oleh virus ini. Jangan sangka yang dah pernah kena masa kecik boleh tak kena sekali lagi. Doktor kata mungkin aku terlalu letih atau stress. Sebab itu bila Aliyah kena chickenpox, aku punya immunity lemah. Tapi yang peliknya, Nurin tak pula dijangkiti virus ni. Padahal dia lebih terdedah dengan Aliyah...

Curious Play Animax Channel 25 6.00pm Mon-Fri

Aku sekarang tengah follow anime ni yang ditayangkan di Astro Animax channel 25. Tajuk Curious Play. Tajuk Jepunnya Fushigi Yugi kut. Ditayangkan setiap isnin hingga Jumaat pukul 6 petang. Dulu masa tinggal kat umah lama, memang sempat tengok on time. La ni dah dok jauh, memang kena cepat balik. Nanti tak sempat. 15 minit tayangan baru dapat tengok. Siaran ulangannya, jam 12 tengah malam. Tak larat aku nak tunggu. Dah seminggu aku tengok separuh aje...huwaaaa! Ada tak jual DVD/CD kat memana? Kalau ada habaq kat aku, okay? Klip yang di bawah ini pula memaparkan 7 Pahlawan Suzaku termasuk Miaka.

Tak mengapa mengalah

Imej
Sikap tidak mahu mengalah dalam melakukan sesuatu memang merupakan sikap positif. Jika seseorang tidak tahu mengalah apabila memburu cita-cita atau dalam kerjaya, bermakna orang itu seorang yang cekal dan tabah menghadapi dugaan. Orang jenis ini tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan faedah dan kebaikan. Namun sikap tidak mahu mengalah boleh mendatangkan bahaya jika di atas jalan raya. Pagi tadi, seperti pagi-pagi sebelumnya semenjak bermula minggu ini, Jalan Cheras-Loke Yew aku redah semula setelah berbulan-bulan lamanya aku cuba mengelak jalan raja segala kesesakan itu. Cikgu kat sekolah memandu ajar, kalau ada susur keluar, pemandu jalan utama dan pemandu jalan susur keluar haruslah masuk berselang-seli. Maknanya bergilir-gilir sebab sama-sama nak lalu jalan yang sama. Maka tersebutlah alkisah seekor sang kancil berwarna putih yang lalu di atas jalan utama yang enggan mengalah kepada seekor lagi sang kelisa biru yang menyusur keluar. Disebabkan ...