Aku menang RM 100,000.00
Aku menang ringgit Malaysia seratus ribu!!! Yahoooo!!!Hm...alangkah bagusnya jika perkara itu satu kenyataan. Aku hampir memenanginya...mungkin. Dan mungkin kisah ini pernah berlaku kepada kalian juga.Petang Jumaat lepas, aku makan di Harjis Bistro dekat Bdr Sri Permaisuri. Sewaktu pulang, ketika aku mahu sedang menghidupkan enjin kereta, tiga orang pemuda berbangsa Cina - lepasan SPM agaknya, menghampiri Kancil kepunyaan adik ku. Waktu itu, Aliyah, Nurin dan adik bongu ku sudah pun bersiap sedia hendak pulang ke rumah. Salah seorang daripada mereka yang kelihatan seperti Saiful Malaysian Idol bertanyakan soalan kepada ku mengenai pasar raya yang aku selalu pergi. Aku jawab dengan sambil lewa - sebab aku tahu mereka nak menjual sesuatu. Sebaik sahaja aku mahu beredar, mereka menghulurkan sekeping sampul surat kecil. Menurut mereka, ia sebagai hadiah kerana sudi menjawab pertanyaan mereka tadi. Aku, dengan tanpa syak apa-apa terus membuka sampul surat itu. Sebelum itu sempat mereka berk...