Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2005

Tugasan baru

Hari Sabtu lepas, aku bertemu dengan seorang editor baru di Plaza Low Yat. Dalam banyak-banyak tempat di KL ni, aku pilih Low Yat! Memang tak sesuai! Tapi aku juga mempunyai tujuan lain - nak beli scanner. Tempat tu penuh sesak dengan pencinta IT. Sampai nak keluar dari tempat parking pun lebih sejam. Memang sesak, sesesak-sesaknya. Dengan editor baru ini aku akan menyerahkan dua manuskrip untuk dinilai. Sekiranya diterima, manuskrip tersebut akan diterbitkan. Sementara komitmen pada editor lama masih diteruskan. Sekarang aku sedang menyiapkan novel ketiga untuk editor tersebut. Manakala untuk editor baru ini, dua buah manuskrip lama akan ku sunting semula dan dalam proses penambahbaikan. Perlu ada penambahbaikan sebab kedua-dua buah novel berkenaan ku hasilkan ketika tahap pemikiran ku masih kebudak-budakan. Perlu ada anjakan minda. Aku ada dua minggu untuk menyudahkan satu manuskrip. Tugasan baru untuk mencari rakan perniagaan telah ku terima tadi. Sasaran juga telah ditetapkan.

Beri peluang pada diri untuk berubah

Masa, masa, masa. Aku kejar masa, dan masa kejar aku. Jika aku jumpa seekor jin macam Genie Aladdin tu aku akan minta dia beri aku masa yang banyak. Masih ada banyak perkara lagi yang belum aku lakukan dan masa semakin suntuk. Entah esok, entah lusa, entahkan minggu hadapan, mungkin bulan hadapan jika tidak tahun yang akan datang, DIA akan datang menuntut janji. Dengan masa yang ada inilah kita membuat segala-galanya yang termampu. Tetapi ada orang yang suka membiarkan masa berlalu tanpa memanfaatkannya. Nanti. Tunggu. Biarlah dulu.Tak apa. Semua itu ungkapan-ungkapan yang sering dan pernah menari di bibirku. Tapi hari ini aku sudah penat melafazkannya. Sudah tiba masanya aku melafazkan: Ayuh. Mari. Mesti. Sekarang. Aku sudah tidak boleh tunggu dan terus menunggu sehingga nasibku berubah sendiri. Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mahu berubah. Aku sudah memberi peluang kepada diriku untuk berubah dan mengubah diri ke arah kebaikan dan