Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2005

28 Mac 2005

Kita hanya mampu merancang, tapi ketentuannya hanya Tuhan saja yang tahu. Kononnya nak samakan tarikh lahir sendiri dengan tarikh lahir baby baru. Tapi untuk mengelakkan beberapa komplikasi, kelahiran yang dirancangkan berlaku pada 4 April depan terpaksa diawalkan seminggu. Rasa macam tak percaya saja. Walaupun ini kali kedua melahirkan, tetapi pengalaman menghadapi C-section merupakan sesuatu yang baru. Ngeri pula membayangkan jarum besar epidural dicucuk ke tulang belakang.... Normal atau pembedahan, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan, pengalaman yang berbeza dan tahap kesakitan pun berlainan. Cara dan tempoh berpantang juga tidak sama. Selepas menjalani C-section nanti baru boleh dibezakan pengalaman mana yang paling 'bermakna'. Doakan segala-galanya selamat bagi ibu dan anak. Amin.

Besar ke kecil ke...tak jadi hal

Sekarang ni di pejabat terutamanya, jika terserempak dengan rakan sekerja, hampir kesemua mereka memberikan komen yang hampir sama. "Aik...ada lagi ke mak buyung ni?" "Nak troli ke?" "Besarnya...kembar ke?" "Dah tak lama tu." Dan bermacam-macam komen dengan ayat yang berbeza tetapi maksud yang sama. Kalau sekali dua dengar, tak mengapa. Tapi sudah kerap sangat, sampai naik muak mendengarnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau boleh, sekarang ni nak bersalin. Tapi kenalah realistik, ikut peraturan alam yang telah ditetapkan. Setiap benda di dunia ini mempunyai kitaran masing-masing; ikut giliran; kalau tidak chaos. Besar atau kecil? Perlukan penjelasan ke? Setiap tubuh badan manusia tidak sama. Jadi pengalaman antara individu berbeza-beza. Perbezaan adalah untuk diraikan; bukan untuk dijadikan isu. Terus-terang aku katakan yang aku tidak begitu menyenangi individu yang memandang perbezaan sebagai satu masalah. Kalau semua be...