Doa-doa selepas solat fardhu
AKU selalu rujuk satu website bila setiap kali nak baca doa selepas solat fardhu. Malanglah iklan-iklan affiliate dalam website tu ada yang tak mesra mata. Dah la lepas solat, tengah baca doa, tiba-tiba keluar iklan yang mencolok mata (jenama pakaian, pakaian wanita). Mujur aku perempuan. Tak adalah dosa mata sangat...hahaha. Tapi still la kan... tercemar juga pandangan mata. Jadi aku ambil inisiatif salin doa tu letak kat blog sendiri yang tak ada iklan affiliate ni. Jadi selamat pandangan mata. Menurut website berkenaan, kesemua doa ini sesuai dibaca oleh para imam, tak sesuai dibacakan secara individu. Jika tengok kata ganti nama diri dalam doa, memang guna orang ketiga. Tapi tak salah kalau kita yang nak baca. Melainkan ayat al-Quran, yang mesti dibaca dengan betul dari segi sebutan dan makhraj. Terjemahan doa aku betulkan dari segi tatabahasa tanpa mengubah makna asal dalam bahasa Arab. Maklumlah, editor. Tak boleh elak nak edit aje kerjanya. Dengan nama Allah yang Maha Peng...