Hak pencarum PERKESO
SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka. Timbalan Pengarah PERKESO Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja. “Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online. Menurutnya, PERKESO turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan. “Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat. “Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen mala...