Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Sambal nasi lemak versi layaannnnn

Imej
Bila malam tadi tak boleh tidur (sebab dah tidur siang? Maka mata pun macam burung hantu. Jadi buka la Facebook. Terjumpalah entri pasal sambal nasi lemak layan yang famous amos tu. Bahan-bahan semua dah ada. Maka pagi ni, kita cuba masak sambal nasi lemak versi layan. Bahan-bahan: Cili kering kisar Ikan bilis Bawang besar Bawang holland Gula merah atau nisan Kiub ikan bilis Serbuk perasa Garam Asam keping Minyak masak untuk menumis Cara-cara seperti dalam gambar kat bawah ni. Tumis bawang merah yang telah dikisar. Aku guna 3 biji bawang besar dan 3 ulas bawang merah kecil. Jangan guna banyak air masa mengisar.  Tumislah sehingga garing dan kering. Aku punya ni terlebih minyak. Tu yang nampak tak kering. Masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil. Kuantiti bawang kisar mestilah lebih daripada kuantiti cili kisar menurut resepi asal. Dalam resepi asal, dia bubuh ikan bilis masa tumis bawang. Tapi aku dah terlajak. Terbubuh cili kisar dulu. S...