Avani Gold Coast Sepang~Kerja Main-main
Memang dah lama mengidam nak lepak-lepak kat hotel 5 bintang ni. Tapi...mahal betul harga sebilik. Bila Booking.com buat promo RM388.32 per room, terus kami sambar. Lepas tambah GST (6%) dan service charge (10%) bagai kenalah dalam RM450.45. Booking untuk hari Khamis dan Jumaat. Sebab weekend rates tambah dengan school holidays, memang mahallah kan. Jadi pergilah weekdays. Nak siapkan kerja yang tertangguh sambil bercuti-cuti. Pergi kali ni berempat saja sebab En. Ipin kerja. Kami booking Superior Room. Tapi masa check in, dapat free upgrade ke Family Villa! Mak aih...rasa nak buat lompatan bintang. Harga Family Villa ni bermula dari RM800++ kalau weekdays. Kalau weekend campur cuti sekolah, boleh mencecah RM1000 ++. Kan aku kata mahal tadi. So bila Booking.com buat tawaran harga tu, aku terus tapau tanpa fikir panjang. Tapi duduk semalam ajelah. Nak feel dulu. Esok-esok kalau rasa berbaloi, boleh datang lagi. Janji ada offer baeeekkkk punya. Dalam booking slip, check in pukul 3.00