Mi Sup Simple
Saya jumpa resepi ni kat Facebook. Resepi asal namanya Bihun Sup Chinese Style. Tapi saya improvised sikit ikut kesesuaian stok semasa yang ada kat dapur. Mi kuning | Udang | Fishball | Isi ayam | Bawang putih yg dah digoreng | Sayur-sayuran Bahan-bahan: 1 bungkus mi kuning (resepi asal guna mihun) 4 ketul bahagian isi ayam (resepi asal tak ada bahan ni) 1 mangkuk sayuran - kobis, lobak, seleri, cendawan tiram, karot, bunga kobis (resepi asal guna sawi cina) 1/2 peket bebola ayam 1/2 mangkuk udang kecil (guna udang besar lagi sedap) 2 bunga bawang putih (dicincang dan digoreng kekuningan) 2 kiub ayam (atau secukup rasa) Air (bergantung kpd kuantiti kuah yang dimahukan) Garam secukup rasa Bahan perasa (optional) Bahan kicap cili: Cili padi Kicap (resepi asal guna kicap cair) Cuka Garam Gula Bahan hiasan: Daun bawang Bawang putih goreng tadi Bawang goreng (optional) Cara penyediaan: Cincang bawang putih. Kemudian goreng dengan minyak hingga kekuni...