Ambuyat Brunei Darussalam
[Entri ni sebenarnya post-dated. Aku baru perasan masa nak baca entri ni yang rupa-rupanya disetkan kepada Draft. Aku sendiri pun tak pasti mengapa aku tak jot the experiences down. Maksudnya, entri aku kali ni, hanya berdasarkan memori yang kabur jelah ya....hahaha] Kali pertama menjejak ke bumi Brunei Darussalam. Pergi atas tiket kerja, iaitu menghadiri International Education Fair. Apakah maknanya pegawai penerbitan join Educational Fair? Entahlah labu. Aku ikut jelah kehendak bos. Dah disuruh pergi, pergi jelah. Ke Brunei pulak tu. Kalau nak pergi sendiri, memang tak sampai lagilah gamaknya. Buku merah ni aku renew buat kali kedua kat Pejabat Imigresen Teluk Intan. Masa tu balik kampung En. Ipin. Mujur sedar passport dah mati. Jadi renew aje kat situ. Tak ramai orang. Masa tu aku terpakai tudung blink blink kat kepala. Gagal! Lalu kena pinjam tudung imigresen. Hasilnya, muka aku sebiji makcik yang nak pergi umrah...muahahahaha. Masa nak ke Brunei, aku tak prepare apa-apa....