Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Hikayat The X-Files...dulu kami pernah sebumbung

Imej
Alkisahnya...saya bukan jenis yang sentimental sepet tak tentu fasal. Cuma bila kenangkan semula, begini rupa-rupanya takdir yang ditulis buat kami yang pernah duduk satu bumbung dalam dunia penulisan tidak lama dahulu. Selepas beberapa ketika, selepas beberapa buah novel diterbitkan, masing-masing berubah arah, mengorak langkah demi memburu cita-cita masing-masing yang hanya disempadani oleh langit. Saya telah berhijrah ke penerbit yang lain. Begitu juga dengan Izzul Izzati dan Anita Aruszi atau nama penanya bersama Buku Prima, Mazni Aznita. Entah bagaimana, suratan atau kebetulan, novel baharu kami muncul hampir serentak waktunya. Cuma novel saya Srikandi vs Arjuna terbit awal sedikit daripada Anita Aruszi@Mazni Aznita, Sayangku Casper dan Izzul Izzati Kelat-kelat Sayang yang kedua-duanya terbit pada September dan Oktober ini. Walau di mana pun tapak kami berjejak, langit mana yang kami junjung, kami masih memperjuangkan seni yang sama. Moga kami akan terus berkongsi minat dan aspi...

Baik-baik memilih kekasih...pesanan Arjuna kepada Srikandi

Baik-baik menanam selasih, Jangan sampai jatuh ke tanah; Baik-baik memilih kekasih; Jangan sampai badan merana. Siti Wan kembang perintah kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. Pilih-pilih tempat mandi, Pertama teluk kedua pantai; Pilih-pilih tempat menjadi, Pertama elok kedua pandai. Tema yang saya bawakan dalam Srikandi vs Arjuna agak berat. Ini cubaan pertama saya meneroka satu permasalahan 'alah bisa tegal biasa' yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Berdasarkan laporan kajian oleh Woman Aid’s Organization (WAO) atau Pertubuhan Pertolongan Wanita  bertajuk “Battered Women in Malaysia: Prevalence, Problems and Public Attitudes 1995”, hasil dua kajian yang telah dijalankan antara tahun 1990 dengan 1992 menganggarkan pada tahun 1989, sebanyak 1.8 juta atau 39 peratus wanita berumur 15 tahun ke atas telah didera  oleh suami dan pasangan mereka. Hanya 909 wanita sahaja yang melaporkan kejadian tersebut. Ini kes yang d...

Alhamdulillah...SVSA sudah cetakan kedua

Imej
Senarai buku Alaf 21 yang sudah siap diulang cetak 1. ADAM & HAWA 2. KOMPILASI MASAKAN AYAM 3. BERITA DARI HATI 4. BUKAN KERANA SAYANG 5. CINTA PANDANG KE-2 6. DI SEBALIK WAJAH 7. VARIASI GUBAHAN PENGANTIN 8. KASIH BENAR KASIH 9. KETUK-KETUK RAMADAN 10. KETUK-KETUK SHEILA RUSLY 11. KOMPILASI HIDANGAN KERABU 12. KOMPILASI HIDANGAN KEK 13. KOMPILASI LAUK KENDURI 14. KEMAHUAN HATI 15. KOMPILASI MASAKAN BEREMPAH 16. KOMPILASI RESIPI 1 MALAYSIA 17. KOMPILASI SENI KRAF 18. KOMPILASI HIDANGAN RAMADAN 19. KOMPILASI HIDANGAN TELUR 20. MASIH SETIA 21. OMBAK RINDU 22. SETIA HUJUNG NYAWA 23. SAYANGKU MERAJUK 24. SRIKANDI VS ARJUNA 25. UDA & DARA