Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Teaser 2 Srikandi vs Arjuna

Imej
“Tak ada kerja lain? Terkejut aku tau tak!” marah Ridd geram; cuba melindungi fikirannya daripada dibaca oleh Zaihan. “Tak baik untuk fighter kalau mudah sangat terkejut.” Zaihan mengingatkan. Tiba-tiba wajah Zaihan bertukar serius. Dia mengalihkan perhatian seketika daripada memandang jalan di hadapan ke wajah Ridd. Ridd hairan. “Zarida, aku fikir lebih baik engkau berhenti sahaja daripada jadi fighter. Kalau berhenti daripada taekwondo pun bagus juga.” Hendak terkeluar biji mata Ridd merenung Zaihan. Dia pantas menoleh dan merenung tirus ke arah Zaihan. “Kita cakap fasal apa tadi? Tiba-tiba aje masuk bab ni.” Ridd mengeraskan suaranya. “Engkau siapa nak nasihatkan aku? Aku punya sukalah nak buat apa. Dan aku tak suka orang menghalang aku daripada melakukan aktiviti kegemaran aku.” Entah kenapa tiba-tiba sahaja Ridd naik angin. “Aku tak suka tengok engkau lasak macam tu. Tak manis. Engkau tu...” “Aku tak nak dengar!” Ridd terus menutup telinganya dengan kedua-dua belah tapak tangan. *...

Teaser 1 Srikandi vs Arjuna

Imej
“Kalau dah perempuan tu, perempuan juga. Jangan berangan nak berlagak macam lelaki.” “Engkau....” Tanpa fikir dua kali, Ridd terus mengayunkan turning kick ke arah Zaihan. Zaihan yang terkejut dengan tindakan tidak diduga itu, secara automatik terus mengelak. “Dah gila?” Marahnya. “Engkau yang gila. Bencikan perempuan tak tentu fasal. Mak engkau bukan perempuan?” Ridd memang marah waktu itu. Dia sudah tidak peduli dengan apa yang dikatakannya. “Kurang ajar!” Nampaknya kata-kata Ridd itu seperti menyiram minyak pada bara api. Zaihan terus membalas serangan Ridd dengan double turning kick. Tendangannya hinggap ke daun pintu. Beberapa sentimeter sahaja daripada kepala Ridd. Maka berlaku perlawanan antara kedua-dua fighter UWB itu.