Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

'Cumil' tak?

Imej
Jika berminat nak beli, boleh hubungi Facebook Novel Kafe Akhirnya....yang ditunggu muncul juga. Maka terjawablah segala persoalan. Maka terlerailah segala perasaan gundah-gulana dan tertanya-tanya yang menghurung kepada otak aku semenjak PBAKL hari tu. Alkisah nak dikeluarkan semasa PBAKL, namun hajat tak kesampaian sebab proses penerbitannya baru nak bermula. Hairan juga aku semasa diberitahu yang novel ini akan ke pesta padahal prufnya pun aku tak semak lagi...hehehe. Walau bagaimanapun, buku ini sempat juga masuk Pesta Buku Selangor Jun ini. Moga sambutannya lebih hebat daripada novel-novel sebelum ini. Hei...semua penulis mendoakan begitu setiap kali buah tangan mereka berjaya diterbitkan.

Sinopsis Srikandi vs Arjuna~Izza Aripin

Imej
The Four Musketeers dianggotai oleh 4 orang pelajar sophomore ~Ridd, Deja, Elliot dan Sheba. Mereka berlagak ala-ala tomboy dan berpakaian tidak mengikut undang-undang universiti. Mereka terkenal dengan sikap suka mengusik dan membuli, tidak kira siapa pelajar itu termasuk pelajar senior sekali pun. Mangsa terbaharu The Four Musketeers ialah Zaihan, pelajar senior yang mereka dilabel sebagai BHK~Buaya Hensem Karat. Segala-galanya bermula apabila kebolehan Ridd sering diperkecilkan oleh Zaihan yang juga rakan sepasukannya dalam kelab taekwondo. Ridd merancang misi balas dendam~tundukkan ego dan perasaan Zaihan, hancurkannya dan tinggalkannya. Dia sanggup berbuat apa saja termasuk mengubah penampilan dirinya~daripada si tomboy kepada si gadis ayu. Segala-galanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Malah ia terjadi lebih baik daripada apa yang Ridd rancang. Ridd berjaya mencungkil rahsia hitam kehidupan Zaihan yang menyebabkannya membenci wanita. Ridd berjaya mmbuatkan Zaihan jatuh ci...