Tahun ini bakal menjanjikan satu perubahan yang besar dalam karier penulisan saya. Insya-Allah kerjasama yang sedang dijalinkan bakal membuahkan hasilnya tidak berapa lama lagi. Apa yang saya harapkan, moga kerjasama ini berkekalan dan terus gemilang. Penat sudah rasanya berjuang mencari masa hadapan karier penulisan yang turun naik dan penuh pancaroba ini. Saya berhasrat mahu melangkah dengan lebih jauh dalam bidang ini. Maka sebab itu, wujud tiga nama pena yang mempunyai misi dan visi yang berbeza. Mungkin ada yang menaksirkannya sebagai satu kerugian. Namun bagi saya, setiap sesuatu itu dilahirkan dan dizahirkan untuk melaksanakan tanggangjawab khas yang sudah dipikulkan di atas pundaknya. Moga 2011 membawa perubahan yang positif di samping menjanjikan pengembaraan baharu yang lebih mengujakan.