Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Cinta baharu

Imej
Aku dah temui cinta yang baharu... a new found love . Walaupun sejak sekian lama memang aku dah tau yang cinta aku hanya padanya, aku buat-buat tak tau saja. Buat tak layan, buat tak kisah. Maklumlah aku ada cinta lain yang perlu diutamakan. Tapi semenjak kebelakangan ni, cinta aku padanya semakin kuat. Hingga tak tertahan-tahan. Hingga menyebabkan aku ambil keputusan nak menyimpang jauh dari landasan yang selama ni aku lalui. Memang akan berlaku satu perubahan yang paling drastik dalam hidup aku tak lama lagi. Selama ni aku hanya melayan satu cinta. Tapi kemudian, datang lagi satu cinta yang buat aku kemaruk tak ingat dunia. Kini aku dilanda cinta yang baharu lagi. Bertambah indah dan harum. Akan kulayan cinta yang ni dulu. Lepas tu baru aku layan cinta yang dua itu. Meh aku perkenalkan cinta baharu yang berjaya mencuri hati.... Ini ialah sebahagian peralatan yang aku beli sempena melayan hobi terbaharu iaitu memasak pastri. Memang dah lama aku minta nak belajar buat pastri. Cuma kebe...