Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2006

Pesan kubur kepada kita

Imej
Aku terima bingkisan ini melalui emel. Moga kita sentiasa beringat. Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya 1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu: 1. Ibu daripada segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2. Ibu daripada segala ADAB adalah...