Transit Dubai 2017~Road to Frankfurt, Germany

Aku suka travel. Sangat! Tapi disebabkan terikat dengan komitmen, maka travelling tu kat dalam negara aje. Bila aku dapat tawaran pergi Frankfurter Buchmesse 2017, teruja bukan main lagi walaupun pada masa yang sama, aku cuak.

Buku merah jangan lupa bawa. Pastikan hayatnya lebih daripada 6 bulan sebelum travel. Aku dah cuak gak ingatkan passport dah arwah. Rupa-rupanya valid sampai 2020. Hari tu renew untuk 5 tahun masa nak pergi Brunei.

Cuak sebab nak kena naik kapal terbang. Lama tu perjalanan nak ke Frankfurt, Jerman. Hampir 14 jam. 6 jam 45 minit ke Dubai untuk transit dan sambung balik perjalanan ke Frankfurt dalam 7 jam 5 minit. Kemalangan udara yang melibatkan MAS dulu, buat aku cuak aje nak travel naik flight. Pengalaman aku naik flights ke Brunei, Langkawi, Penang, Kota Bharu... memang tak berapa nak best la. Sebab tu agaknya aku kurang sikit kalau nak travel naik belon ni. Tapi demi Frankfurt, aku gagahkan juga.

Jakun jap tengok ICE. Inland flights mana ada mende alah ni...hahaha

Memandangkan perjalanan aku akan transit ke Dubai, maka aku plan nak jalan-jalan kat sana. Apatah lagi rakyat Malaysia boleh keluar dari Dubai International Airport guna Visa On Arrival. Dan aku berjaya meracun dua orang rakan dari universiti lain yang sama-sama nak ke Frankfurter Buchmesse. Dari KLIA kami naik pesawat Airbus A380 milik Emirates. Penerbangan jam 02.10 pagi waktu Malaysia dan tiba di DXB Airport jam 04.55 pagi waktu Dubai.

Allahumma yassir wal tuassir rabbil tammim bil khair.

Memang aku beristighfar banyak sambil baca doa tu banyak kali waktu Airbus nak terbang. Pesawat ni besar dan selesa. Aku memang cop seat tepi tingkap. Suka tengok view walaupun penakut ya rabbi. Rupa-rupanya masa take off dengan pesawat ni, tak rasa gravitational pull yang kuat macam penerbangan yang aku pernah naik dengan pesawat Boeing. Jadi..rasa takut aku hilang. Kaki tak ketar macam masa pergi Brunei dulu.

Jantung dub dab dub bap usah dikata. Memang sejuk aje kaki sebelum take off.


Seat sebelah kanan aku dihuni oleh lelaki asing. Caucasian. So tak sure dia bangsa apa sebenarnya. Tapi gentleman yakmat. Sampai rasa segan...hahaha. Aku dah risau kot duduk sebelah psychopath yang tangan macam sotong kurita. Tapi alhamdulillah... mamat sebelah ni banyak tolong aku sambut tray daripada flight attendants. Maklumlah, aku kan comel. Tangan selalu tak sampai...hehehe.

Kenapa aku tak duduk sekali dengan 2 travelling companions aku tu? Sebab sorang tu pun nak duduk tepi tingkap. Yang sorang tu tak kisah. Jadi, dalam hal berebut tingkap ni, lebih baiklah jangan berebut. Buruk benar orang tua bergaduh pasal tingkap....hahaha.


Dua trolley luggage, satu kotak buku dan satu Deuter backpack (tak ada dalam gambar). Beg troli kecik tu penuh makanan aje....hahahaha. Kawan aku bawa satu trolley luggage aje. Lelaki memang travel light. Mak ni aje yang kalau boleh nak bawa almari dan dapur sekali.


Aku memang tak boleh nak tidur lena dalam flights. Nak tengok movie, tak tau nak tengok filem apa. Semua macam tak best. Nak membaca, novel yang aku bawa ada kat dalam beg yang disimpan kat overhead compartment. Nak menaip, iPad aku pun sama kat dalam beg tu juga. Sudahnya, aku tonton The Matrix.

Akhirnya debaran aku tamat bila Airbus nak landing kat DXB. Smooth landing. Sekali lagi tak rasa gravitational pull dan pilot tak brek mendadak. Memang lain sangatlah pengalaman naik Airbus ni....hahaha. Next time, bolehlah pilih pesawat Airbus lagi walaupun mahal sikit. Orang yang dah biasa travelling naik pesawat, memang dah tak hairan la dengan pengalaman yang aku rasa ni. Hanya orang yang gayat dan fobia terbang aje, akan rasa apa yang aku rasa. So...janganlah kecam ai, okey.

Turun pesawat, kami naik bas nak ke terminal. Punyalah jauh Airbus tu mendarat. Kat tempat kargo ke hapa? Lenguh aku berdiri dalam bus. Dah la groggy tak cukup tido. Sampai kat terminal, berterabur kami cari pintu keluar. Nak cari surau untuk solat Subuh. Pukul 6.00 pagi, kat Dubai dah terang macam pukul 7.00 pagi waktu Malaysia. Kejutan budaya aku jadinya. Pukul 10.00 pagi, teriknya macam pukul 12 tengah hari kat Malaysia. Maka sebab tu aku pakai contact lens. Boleh bergaya dengan spec hitam....muahahahha.

Gambar yang sempat aku snap


Kat DXB, kawan aku punya kawan, nama panggilannya Along; seorang peguam anak Malaysia yang berjaya di Dubai; datang jemput. Along bawa kami breakfast kat kedai 'mamak' la konon. Katanya makanan kat situ sebiji macam mamak kat Malaysia. Padahal tukang masak tu tak pernah pun sampai ke Malaysia. Aku tak lah rasa nak makan sangat. Lebih teruja nak explore Dubai sebenarnya.

Ni air sharbat. Nama penuh aku tak ingat. Awal-awal rasa manis dan masam lemon. Hujung-hujung pedas sebab ada serbuk cili. Terkejut perut aku. Katanya, air ni nak sejukkan badan. Sedap tapi aku tak mampu nak habiskan sebab perut aku rasa tak best pulak sumbat minuman pelik pagi-pagi.

Kat Dubai, pemandu duduk sebelah kiri. Pertama kali aku naik kereta duduk depan sebelah pemandu. Duduk sebelah kanan tapi tak pegang stering. Masa nak belok, aku rasa macam nak accident. Yelah... selalu belok kanan kalau menyeberang simpang. Ni tiba-tiba belok kiri kat simpang empat. Memang terkujat tiruk aku dibuatnya....hahahaha.

Lepas makan, kami singgah rumah Along. Tumpang mandi dan solat jamak. Lepas mandi, mata pun layu. Kalau tak sebab menumpang kat rumah orang, memang dah lama aku landing kat atas katil menganyam mimpi. Lepas masing-masing dah mandi, kami duduk borak-borak pasal kehidupan kat Dubai. Pada orang kat sini, kalau hujan, mereka panik. Maka accident banyak berlaku sebab tak ada kespontanan nak gunakan wiper dan terkejut tengok air turun dari langit. Mulanya aku rasa kelakar juga. Tapi kalaulah ribut pasir berlaku kat Malaysia, tentu kita pun panik, kan?

Along (berjubah putih). Budak kecik tu anak Along. Yang lain tu, aku dan dua anak Malaysia yang berjaya sesat kat Dubai...hahaha


Lepas lepak rumah Along, dia hantar kami ke Metro Station. Kami nak jalan-jalan sekitar Dubai. Maka bermulalah perjalanan tiga anak Malaysia yang baru pertama kali menjejak bumi Dubai. Kami beli tiket Metro berharga AED22.00 untuk perjalanan semua hala yang valid sehari. Memang berbaloi guna tiket ni untuk day trip.

Beli day ticket | Metro train Dubai yang bersih dan cantik | Jalan jauh semata-mata nak pegi Dubai Mall

Tempat pertama kami pergi ialah Burj Khalifa. Jauh juga berjalan kaki dari station Metro nak ke Dubai Mall. Mujur ada travellator untuk orang sakit kaki macam aku...hehe. Masa kat Dubai ni lah aku terbuat satu mistake besar kalau nak backpack. Kasut aku tak sesuai! Memang sakit kaki dibuatnya. Adoyai....next time aku kena dengar instinct aku. Memang dah plan nak pakai sport shoes. Tapi bila memikirkan nak pergi padang pasir, aku rasa macam tak sesuai pulak. Maka pakailah slip on. Memang menyusahkan! Menyesal mak!

Nyesal gila tak sudah aku pakai kasut ni. Kalau dpt putar masa, aku pakai jer sport shoes. Huh! 

Masa sampai kat Burj Khalifa, tetiba aku rasa familiar. Macam pernah tengok aje situasi macam ni. Rupa-rupanya keadaan kat sekitar kawasan tu persis keadaan kat Suria KLCC.  Hahaha...tergelak besar aku dibuatnya. Punya jauh datang, macam tu aje feeling aku. Dalam Dubai Mall ni ada Dubai Aquarium dan Underwater Zoo. Tapi aku tak masuk la. Tengok dari luar. Kalau malam, ada pertunjukan water dance kat Dubai Fountain, depan Burj Khalifa.


Macam kat KLCC jer aku rasa time ni....hahahahah

Dubai Mall Aquarium | Pemandangan kat luar Dubai Mall

Lepas puas jalan-jalan kat Dubai Mall, kami lepak kat food court cari makan. Aku jumpa makanan kegemaran aku. Ntah apa namanya. Mak Uda aku pernah buat dulu. Tapi rasanya lain lah dengan original ni. Masam yakmat. Tak habis aku makan. Apsal Mak Uda aku masak sedap?

Kat Dubai ni barang-barang mahal. Makan bodoh-bodoh pun dah hampir AED50.00. Telan air liur aku dibuatnya. Mutton Kebab ni memang sedap. Portion pun banyak. Aku tak habis makan. Kuah Kadhai tu pun sedap. Mahal pun mahal lah. Janji sedap.

Special Mutton Sekh Kebab, Mutton Kadhai, air mint cooler. Yang kanan tu dalam resit dia tulis vine leaves. Sebab guna daun anggur sebagai pembalut nasi kat dalam. Ala-ala sushi Arab ler ni.

Lepas makan, kami ke Deira City Centre sebab nak jumpa tour guide yang akan bawa kami ke Desert Safari Tour. harga satu kepada AED100.00. Namun tuhan lebih Maha Mengetahui. Janji jam 3.00 petang kat luar Deira City Centre Mall, tour guide kami tak kunjung tiba. Sejam tunggu, akhirnya aku persuade ahli rombongan untuk batalkan trip. Kecewa campur sakit kaki (aku cari penyakit free...huhuhu).

Itinerary Desert Tour yang kami nak booked. Mujur belum bayar. Kalau tak, gigit jari ajelah.

Lalu kami buat itinerary last minute sendiri. Teringat pesan Along, kalau nak cari kacang Pistachios, cari kat area berdekatan metro station Baniyas Square. Kami tanya juga guard yang jaga Metro tu. Dia pun tak tahu tempat tu kat mana. Kawan dia yang tolong jawab.... hadoyai... hahaha. Maka kami keluar dari station Baniyas Square dengan harapan dapat jumpa tempat orang jual kacang pistachios yang murah. Tapi... kami jumpa kedai jual disc brake, gear box, bapak skru, anak skru... semua kedai berpenghawa dingin... huwaaaaa. Dah kena game dengan Along gamaknya ni. Lalu kami pun pusing-pusinglah kat situ amik gambar seperti pelancong yang lain. Kawasan tu agak ghetto sebenarnya tapi disebabkan travelling companions aku rupa macam nak makan orang, rasa selamatlah sikit kan... hehehe.

Sebiji pistachios pun kami tak jumpa. Ada orang tanya, nak beli sofa? Walawehhhhh...muka kami ni tak macam muka pelancongkah?

Dah penat cari pistachios tak jumpa, kami naik tren. Tak tau nak pergi mana. Aku nampak signage Dubai Airport Free Zone kat peta dalam tren. Jadi kami ke situlah nak tengok apa ada kat sana. Lengang aje tren waktu tu. Dah pukul 6.00 petang. Hari pun dah gelap kat sini. Ingatkan macam Mitsui Oulet, sekali hanya deretan kedai berbaris macam kat Nilai 3. Maka kami tak keluar dari station. Tukar tren semula nak balik ke DXB Airport. Masing-masing dah penat sebab cari pistachios tak jumpa.

Konon nak pergi tengok belly dancing, sand boarding, sedut shesha...sekali semua tu tak kesampaian sebab tour guide tak muncul-muncul walaupun HQ call dan janji berkali-kali nak pick up. Aku tak taulah apa masalah travel agency tu. Sama ada kami dah kena troll atau miscommunication. Atau mungkin nak suruh kami datang lagi.

Sampai kat DXB Airport, masing-masing bagai ikan mencungap baru dapat oksigen. Kenapa? Sebab hanya kat airport saja ada WiFi percuma. Kat mall tadi, perlu ada nombor telefon Dubai, baru dapat nikmati WiFi percuma. Tak best betul! Masa ni masing-masing cari port untuk buat sit rep kat famili masing-masing. Kat WhatsApp berderet mesej, voice note, missed call. Yelah... hampir seharian kami tak berhubung dengan orang-orang di tanah air sebab mencari pistachios tak jumpa!

Lepas jiwa dah tenang, selesai sit rep, kami cari makan dulu. DXB Airport waktu tu dah jam 9.00 malam. Lengang dan sunyi. Rasa macam airport tu kami yang punya. Aku duduk dah tak sopan lagi. Siap letak kaki atas beg. Sakit kaki punya pasal! Lepas makan, kami bertebaran mencari bilik mandi dan tukar pakaian. Haruslah kena tukar baju sebab nanti nak mendarat kat Frankfurt. Suhu berbeza.

Selesai mandi dan solat, kami cari port nak membuta sementara menunggu connecting flights pukul 3.45 pagi waktu Dubai. Port kami dekat dengan gate. Senang nak check-in nanti. Dua travelling companions aku terbongkang atas sofa bulat. Orang lelaki senang aje nak baring kat public places cam tu. Aku juga yang tidur duduk sambil letak kepala kat travelling pillow. Lena betul beradu. Lagi selesa daripada tidur dalam flight.

Bila aku sedar aje, aku nampak jam kat dinding pukul 00.24. Halamak! Dah ketinggalan flights ke apa ni? Bangun terkejut sebab tetiba bising. Kawan-kawan aku pun terbangun sekali. Punyalah ramai manusia tiba-tiba macam ada serangan zombie. Masing-masing terpinga-pinga. Rupa-rupanya mereka semua tu baru lepas imigresen. Sama-sama nak check-in flights dengan kami. Bikin gelabah betul. Dan aku tengok balik jam tadi. Baru pukul 12.30 tengah malam waktu Dubai. Disebabkan panik tadi, nombor saat bergerak pun aku rasa cuak....hahaha.

Perut pun rasa macam nak kunyah sesuatu. Kat Dubai ni yang aku paling suka ialah semua restorannya menghidangkan makanan HALAL. Alhamdulillah... tak ada was-was. Boleh tibai semuanya. Hatta Restoran Peking Duck yang aku nampak pagi tadi pun, halal. Cuma tak kesampaian nak merasa. Lain kali maybe.

Happy aku rasa sebab dapat makan tart tu. Memang peminat tegar pastri!


Sejam nak berlepas, gate pun dibuka. Naik bas lagi untuk sampai kat pesawat. Kali ni naik Boeing pulak. Badan dah penat. Harap-harap aku boleh terlena sebagaimana aku tido kat DXB Airport tadi. Tapi ermmm... harapan jelah. Tido-tido ayam. Masa naik Boeing ni, aku tersilap ambil tempat duduk. Mata dah kelabu agaknya. Mujur makcik tu tak marah sebab flight attendance tu bijak selesaikan masalah. Aku pun tak sengaja. Maaf ya, makcik. Jet lag...hahaha.

Abaikan cermin tingkap Emirates yg ada kesan calar tu (gambar kanan). 

Masa ni dah tak berapa nak cuak sangat. Masa take off, walau tak smooth macam Airbus, tapi masih smooth kalau nak dibandingkan dengan pengalaman aku naik pesawat sebelum ni. Maka tamatlah trip 22 jam aku kat Dubai. Aku rasa masa tu macam tak nak pergi Dubai lagi. Cukuplah sekali tu aje. Tapi masa tulis entri ni, why not? Next time aku nak plan transit 2 hari kat Dubai. Baru puas jalan-jalan. Dan masa tu, aku akan pastikan kasut aku sesuai....hahahaha.

Satu perkara pelik yang aku jumpa kat Dubai. Apa Abang Pocong dan Kakak Kum Kum buat kat Dubai?

Aku rasa dua patung ni sangat seram. Gambar ni aku snap masa lalu kat susur gajah berpenghawa dingin dan bertravellator jalan nak ke Dubai Mall

Lebih kurang jam 8.50 pagi waktu Frankfurt, Jerman, pesawat kami selamat mendarat kat Rhein-Main-Flughafen atau Flughafen Frankfurt am Main atau Frankfurt Airport, Jerman.

Kabus pagi menyambut kedatangan kami ke Jerman.

Pengembaraan aku ke Frankfurter Buchmesse 2017 bakal bermula di bumi Hitler. Tunggu catatannya...

Dirham Emirates | Syiling tu bahaya. Jangan simpan. Habiskan sebab nanti pengurup wang tak terima.
Lesson learn hard way

Ulasan

  1. Dubai mall dekat tak dengan textile souk? Ingt nk pergi april ni..tp transit tak lama..10 jam je..

    BalasPadam
  2. Dubai mall dekat tak dengan textile souk? Ingt nk pergi april ni..tp transit tak lama..10 jam je..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap